Favoritnya, tanaman pisang
Favoritnya, hydrangea
Favoritnya, roses
Balkoni Ilan
Favoritnya, hydrangea
Favoritnya, roses
Balkoni Ilan
My Mother
You too, my mother, read my rhymes
For love of unforgotten times
And you may chance to hear once more
The little feet along the floor.
(R L Stevenson)
Rindunya hati pada mak. Walaupun sudah pulang ke rahmatullah tapi kenangan ketika hayatnya masih segar dalam ingatan. Hanya doa dapat dipanjatkan kerana yang dirindu sudah tiada lagi di dunia ini. Beliau menghadap Illahi pada satu petang empat tahun lalu. Mak yang tidak banyak cakap, cuba sedaya upaya menyembunyikan penyakitnya dari anak-anak. Kalau mak tidak mahu hadir temu janji dengan doktor adik-adik akan mengadu padaku aku. Kak, pujuk mak ya sebab dia segan sikit dengan kak Long.
Aku tidak ambil resepi masakan atau belajar menjahit tulang belut atau menyembat (baju kurung Johor) atau menanam pokok bunga dari mak. Jadi budak asrama ketika aku bersekolah menengah dan tinggal dengan nenek ketika keluargaku berpindah ke Felda. Aku jumpa mak, abah dan adik-adik ketika cuti sekolah. Tapi masa tu aku lebih suka ikut abah dan menolongnya membaja, meracun, mengemas dahan kelapa sawit di kebunnya. Sebetulnya aku kurang rajin dengan kerja rumah, masak dan mengemas.

Bila semakin berumur mak kurang ambil upah menjahit. Dia lebih suka berkebun. Tapi aktiviti membaca Al Qurannya tetap diteruskan. Mak dan makcik-makcik sebelah rumah masuk kelas Al Quran balik. Kali ni kena baca terjemahan sekali sebab ustazah kata rugi kalau tak faham. Aku rasa mak tak pernah jemu membaca al Quran setiap kali selepas solat. Suara dan alunan lagu kampung, lembut dan mendayu.
Bila cucu yang ramai dan dah besar berkunjung mak akan panggil mereka untuk membaca Al Quran bersama. Setiap kali menelefon mak aku pasti tanya mak baca surah mana, juz berapa? Katanya dua helai sehari....dan aku kata.....slownya. Betul juga, kalau baca empat helai sehari, sebulan sekali bila masa nak habis. Kata mak tak apelah Long.....lama-lama khatam juga. Hati berdetik dan berbisik.......bila aku nak rajin dan cerdik macam mak.
No comments:
Post a Comment