(Gambar orkid Dendrobium mini yang diambil di Agrofest Sungai Siput, dipondok orkidku dan di pasar tani)
Bila En K diarah bekerja di utara tanahair maka aku pun mengikutlah. Tinggallah pokok-pokok yang disayang dan dijaga selama ini di Perak. Nak dibawa perahu sempit, nak ditinggal tak sampai hati. Beginilah kehidupan, semakin banyak yang disayang semakin susah hendak berpisah. Di utara kenalah duduk di rumah sewa, kawasan nak bercuck tanam tak ada kerana semuanya tanah bendang orang punya. Malah tempat nak mengantung orkid pun tak ada. Tapi sebenarnya aku yang malas nak berangkut.....
Ramai yang tanya orkid semuanya tinggal? Ada yang tawarkan diri nak jadi mak angkat pada orkid aku. Elok tak usah. Mana tahu mak angkat jatuh hati dan berkenan. Tentu aku malu alah bila nak ambik balik apalagi kalau orkid tu lebih subur di tangannya. Insyallah, ada air hujan walaupun tak dibaja setiap minggu. Rupanya sejak aku berulang alik antara rumah sendiri dan rumah sewa banyak pokok orkid yang mati. Ada yang kering, dililit pokok letup dan kekacang terutama yang dekat dengan pagar. Yang kelakar pun ada. Sepasu orkid dancing lady ada sarang burung di dalamnya. Nak tunjuk berapa lama pondok orkidku tidak dijengah dan dipeduli.
Bila aku dah kurang tumpuan pada orkid kenalan lain pulak yang semakin mengemarinya. Kalau dulu aku yang beriya ambil tahu kat mana ada ekspo orkid, pertandingan dan sale kini dia pula yang tolong peringat. Dari ceritanya koleksinya kini lebih banyak jenisnya dan tak kurang orkid mahal. Itu belum lagi yang dicari dan terjumpa di kebun getah, kelapa dan belukar. Hati berdetik dan berbisik.....sebiji macam perangai aku dulu, membujur lalu melintang patah iaitu pantang jumpa habis disapu.
I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news
ReplyDeletecanlı sex hattı
ReplyDeletejigolo arayan bayanlar
1İTU7