Thursday, January 12, 2012

Kebenaran dan Kedustaan

Allah swt adalah Maha Benar dan Dia mencintai orang-orang yang benar sahaja. Allah swt dekat dengan mereka kerana mereka menegakkan kebenaran dan hidup dengan mengikut petunjukNya.

Mengenai orang-orang yang beriman ini Allah swt berfirman yang bermaksud, "Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Rabb semesta alam, dan agar mendirikan solat serta bertaqwa kepadaNya.' Dan Dialah Rabb yang kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. " (Al An'am: 71-72).

Sebaliknya Allah swt membenci kedustaan serta orang-orang yang melakukannya kerana hati mereka jauh dariNya. Kadar jauh ini bergantung kepada sebanyak mana sifat dusta yang tertanam dalam diri mereka.

Mereka sebenarnya tidak pernah insaf apalagi mahu bertaubat di atas segala kesalahan yang pernah mereka lakukan. Tidak ada rasa takut dalam diri mereka akan pembalasan atas perbuatan dan keingkaran mereka terhadap Allah swt. Keadaan mereka yang semakin jauh tersesat ini disebutkan dalam firman Allah swt yang bermaksud, "Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka (berkekalan) sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." (At Taubah: 77).

0 comments:

Post a Comment