Friday, July 15, 2011

Jodoh Dengan Cattleya

Cattleya
Cattleya
Cattleya

Vanda
Dendrobium

Perangai orang yang suka orkid ni kadangkala jadi pelik sebab sayang sangat kat tanaman mereka. Setiap hari sanggup berkeliling di pondok orkid membelek setiap pokok kesayangan tak kira pagi atau petang. Mungkin ada seorang dua yang melawat di waktu malam untuk menyuluh ulat dan kumbang. Bukan akar dan daun saja yang diperiksa malah setiap kuntum bunga direnung, sudah ada yang cacat dikunyah belalang dan beluncas ke?

Bunga orkid ada pelbagai saiz, bentuk dan warna, namun yang paling cantik tentulah bersaiz besar, kombinasi warna terang dan permukaan kelopaknya lembut macam baldu. Kalau berbau harum lagi best. Kebetulan di pondok orkidku ada beberapa pokok cattleya yang berbunga besar dan tidak susah dijaga. Sekarang ni aku terfikir cakap seseorang yang aku jumpa di gerai orkid. Katanya lebih baik tanam Miltonia dan Oncidium dari Dendrobium kerana selepas berbunga Dendrobium tinggal batang saja. Aku pula ada pendapat lain.

Mungkin dia serasi menanam kedua-dua jenis orkid tersebut sedangkan pokok Miltoniaku tidak pernah berbunga dan pokok Oncidium yang ketika dibeli gemuk sihat semakin lama semakin kurus kecut. Tapi pokok Cattleyaku boleh tahan sedikit pertumbuhannya. Mungkin ini yang dinamakan jodoh, tanam mana yang paling sesuai saja. Hati berdetik dan berbisik....nampaknya lebih baik aku setia pada Cattleya.

0 comments:

Post a Comment