Dua jenis orkid cattleya dari pondok orkidku. Sudah jadi kebiasaan kalau pokok orkid berbunga aku akan terus ambil gambarnya. Bukan apa, mungkin ini kali pertama dan terakhir ia mengeluarkan hasil kerana dari pengalaman yang lepas-lepas ada saja pokokku yang mati selepas berbunga. Orkid cattleya kuning pekat sebesar tapak tangan ini namanya Hadnyai Delight. Bunga memang cantik menawan dan satu lagi kelebihannya ialah pseudobulb yang sederhana boleh mengeluarkan bunga yang awesome. Yang tidak bagusnya pseudobulb tumbuh bertindih-tindih hingga tunas baru sukar keluar.
Aku beli pokok orkid cattleya dengan bunga berwarna putih bersih ni di pasar tani dan kata si penjual namanya Cattleya Wedding Song. Romantiknya nama, entah betul entah tidak tapi bila dicheck di internet ada juga nampak iras-iras sikit dengan cattleya yang namanya serupa. Kata penjual lagi pokok senang dijaga dan kerap berbunga kerana lepas saja kering tangkai bunga, anak baru akan muncul. Selalunya satu pseudobulb keluarkan satu atau dua kuntum bunga. Tengoklah, yang penting kekerapan beri baja; samada malas atau rajin.
Walaupun kedua-dua rumpun orkid ni masih ada tapi sudah beberapa kali tumbuh pseudobulb baru namun bunga tak menjadi. Lama juga menunggu dari tunas jadi pseudobulb matang dan kemudian tunggu lagi bila kuntum nak keluar. Sudah dibaja macam biasa, sudah dialih tempat menggantung pasu dan pokok diberi amaran kalau tidak berbunga akan dilelong tapi pokok tetap menyepi. Hati berdetik dan berdetik; ini yang frust bila ada orkid degil tapi masih blur apa sebab musababnya.

0 comments:
Post a Comment