Friday, April 3, 2015

Anzalna atau Abtadiul

Bunga St Paulina
Bunga wangi
Bunga pokok menjalar
Bunga betik
Bunga pokok berduri

Dulu-dulu kalau dah masuk sekolah menengah oang akan panggil anak dara. Waktu kenduri kendara mereka ni jadi penyeri majlis. Anak dara peneman pengantin ketika majlis berinai, khatam al Quran dan jadi kendarat. Jadi satu kerisauan kalau mereka tak pandai mengaji dan baca berzanji apalagi kalau dah nak masuk 20an. Malu sangat ketika kitab berzanji disuakan untuk dibaca terpaksa ditolak pada orang sebelah. Anak-anak dara kena belajar agar bacaan lancar, biar nafas panjang tidak semput. Suara boleh di dengar separuh kampung sebab biasanya majlis ni ada guna pembesar suara.

Dan aku juga buat persediaan dan selalu mengikut mak Usuku belajar melagukan bacaan berzanji. Kami berkumpul di rumah nenek sebulan sebelum ada kenduri kawin di kampung. Yang mana tak lancar kena ulang kaji, kalau tak kena lagu kena repair. Lama-lama akupun pandai tapi taklalh duduk dekat  dengan pengantin. Duduk jauh sikit iaitu di tempat tak strategik bersama yang kurang bersuara merdu dan keyakinan diri.

Majlis khatam Al Quran adalah satu kemestian bagi pengantin perempuan. Semua wanita yang hadir duduk di anjung rumah tapi hanya anak-anak dara dan guru ngaji atau ustazah bersama pengantin. Pengantin kena membaca surah-surah terakhir dalam juz amma. barulah tau pengantin ni lancar dan fasih ke bacaannya, sedap ke suaranya. Kesian kalau kena yang berdarah gemuruh, tentu hampir nak menangis si pengantin. Selepas khatam al Quran dan doa barulah ada bacaan berzanji. Masa yang mencemaskan bagi anak-anak dara pengapit pengantin dan orang yang paling hampir.  Mereka kena baca  dahulu. 

Ramai yang ingin membaca sebab nak tingkatkan saham. Ramai pula membaca tersekat sebab pancit dan tak cucup nafas. Maklumlah tak pernah dengar suara sendiri dalam mikofon. Majlis hampir tamat bila ada bacaan beramai-ramai selawat sambil berdiri. Hati berdetik dan berbisik......seronoknya majllis ni kerana tak ada selfie, kesibukan ambil gambar dan video hingga mengganggu keindahan dan ketenangannya.




Thursday, April 2, 2015

Kebun Yang Terbakar


Imam Bukhari rmh meriwayatkan bahawa Sayyidina Umar ra pernah bertanya kepada para sahabat tentang satu ayat Al Quran yang bermaksud, "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin memiliki kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sunggai-sungai? Ia memiliki segala macam buah-buahan dalam kebun itu, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang ia memiliki keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kuat yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya." (Al Baqarah: 266).

Lalu Ibnu Abbas ra menerangkan ayat tersebut menerangkan orang kaya yang telah lama taat kepada Allah swt. Kemudian syaitan datang kepada orang itu lalu ia melakukan banyak kemaksiatan sehingga semua amalnya terhapus. Banyak cara yang boleh dilakukan syaitan untuk menjadikan segala amalan soleh yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman menjadi sia-sia. Misalnya mengungkit-ungkit sedekah dan pertolongan, merasa sombong dan ujub dengan kesolehan, kehebatan , ibadah dan harta yang dimiliki.

Sebenarnya penyesalan ialah kata yang paling tepat untuk menggambarkan kesudahan orang yang tertipu dengan godaan syaitan. Apakah yang tinggal untuk dibawa ke hadapan Allah swt kelak jika pahala amalan yang pernah dilakukan sepanjang hidup musnah. Tidak ata tolong menolong dan pinjam meminjam di akhirat kelak kerana setiap orang ingin menyelamatkan diri masing-masing.

Ayat di atas memberikan contoh yang tepat bagaimana rugi dan menyesal sekiranya
kebun kurma, anggur dan buah-buahan yang sudah mnegeluarkan hasil sekian terbakar hangus.
Akan tetapi apa yang hilang di dunia besar kemungkin dapat ditebus dan diganti sedangkan kerugian di akhirat akan membawa siksaan yang pedih.

Ujub, Riya dan Kebijaksanaan


1. Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia riya namanya, dan membuat sesuatu kerana manusia syirik hukumnya. Dan yang dinamakan ikhlas ialah Allah menyelamat-kan engkau dari kedua-duanya. (Fadhil bin Iyad)

2. Sekiranya kamu tidak mahu sifat ujub berada pada dirimu maka janganlah kamu suka pada pujian orang. Jika kamu ingin pada pujian-pujian mereka dan ingin orang memandang kerja-kerjamu dengan martabat tinggi, maka itulah ujub. (Sauri)

3. Orang yang bijaksana ialah orang yang menjalani kehidupan sekarang dan esok manakala orang yang bodoh ialah orang yang sekadar hidup. ( M Al Siba'i)

4. Ilmu itu adalah mengenal Tuhan dan tidak melampaui kedudukan dirimu iaitu menyedari kehambaanmu. (Al Junaid Al Baghdadi).

Of Unforgotten Times

Favoritnya, tanaman pisang
 Favoritnya, hydrangea
 Favoritnya, roses
Balkoni Ilan
Cucur atap rumahku

My Mother
You too, my mother, read my rhymes
For love of unforgotten times
And you may chance to hear once more
The little feet along the floor.
(R L Stevenson)
 
Rindunya hati pada mak. Walaupun sudah pulang ke rahmatullah tapi kenangan ketika hayatnya masih segar dalam ingatan. Hanya doa dapat dipanjatkan kerana  yang dirindu sudah tiada lagi di dunia ini. Beliau menghadap Illahi pada satu petang empat tahun lalu. Mak yang tidak banyak cakap, cuba sedaya upaya menyembunyikan penyakitnya dari anak-anak. Kalau mak tidak mahu hadir temu janji dengan doktor adik-adik akan mengadu padaku aku. Kak, pujuk mak ya sebab dia segan sikit dengan kak Long.

Aku tidak ambil resepi masakan atau belajar menjahit tulang belut atau menyembat (baju kurung Johor) atau menanam pokok bunga dari mak. Jadi budak asrama ketika aku bersekolah menengah dan tinggal dengan nenek ketika keluargaku berpindah ke Felda. Aku jumpa mak, abah dan adik-adik ketika cuti sekolah. Tapi masa tu aku lebih suka ikut abah dan menolongnya membaja, meracun, mengemas dahan kelapa sawit di kebunnya. Sebetulnya aku kurang rajin dengan kerja rumah, masak dan mengemas.
Bila semakin berumur mak kurang ambil upah menjahit. Dia lebih suka berkebun. Tapi aktiviti membaca Al Qurannya tetap diteruskan. Mak dan makcik-makcik sebelah rumah masuk kelas Al Quran balik. Kali ni kena baca terjemahan sekali sebab ustazah kata rugi kalau tak faham. Aku rasa mak tak pernah jemu membaca al Quran setiap kali selepas solat. Suara dan alunan lagu kampung, lembut dan mendayu. 
Bila cucu yang ramai dan dah besar berkunjung mak akan panggil mereka untuk membaca Al Quran bersama. Setiap kali menelefon mak aku pasti tanya mak baca surah mana, juz berapa? Katanya dua helai sehari....dan aku kata.....slownya. Betul juga, kalau baca empat helai sehari, sebulan sekali bila masa nak habis. Kata mak tak apelah Long.....lama-lama khatam juga. Hati berdetik dan berbisik.......bila aku nak rajin dan cerdik macam mak.

Akhlak Yang Baik


Akhlak yang baik mempunyai nilai yang tinggi dalam Islam hinggakan setiap Muslim dianjurkan untuk berhias dengannya. Perlu diingat bahawa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu atau ukuran adat ciptaan manusia. Boleh jadi apa yang dianggap baik oleh adat itu langsung tidak bernilai dalam timbangan syariat hingga ia menjadi amalan yang sia-sia.

Besar silapnya jika ada orang yang menganggap bahawa tingkahlaku atau perangai hak diri sendiri untuk menentukannya. Sebenarnya orang berbuat demikian telah keliru dan jahil tentang nilai kehidupan dan tujuan sebenar dia berada di atas muka bumi ini. Walaupun tindakannya hanya memudharatkan dirinya namun dia telah mengkhianati tanggungjawab yang diberikan oleh Allah swt iaitu untuk menjaga nikmat yang dipinjamkan olehNya.

Sehubungan itu orang Islam mengetahui dengan jelas bahawa setiap aspek kehidupan termasuk akhlak seorang Muslim mesti berpandukan pada syariat yang diturunkan oleh Allah swt. Allah swt yang mencipta manusia dan sekelian makhluk maka dengan keluasan ilmuNya Dia Maha Mengetahui apakah yang mendatangkan kebaikan bagi hamba-hambaNya.

Di akhirat kelak setiap manusia sangat berharap agar timbangan amal baiknya lebih berat dari timbangan amal buruknya. Selain dari ibadahnya kepada Allah swt ada lagi yang boleh memberatkan timbangan amalan iaitu akhlak yang baik. Rasulullah saw bersabda: Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik. (HR Abu Dawud, Ahmad). Tiada contoh tauladan yang paling baik melainkan apa yang telah baginda tunjukkan dan ajarkan kepada umat baginda.

Pretensions and Enemies


1. Half the work that is done in this world is to make things appear what they are not. (E R Beadle)

2. The man who never makes a mistake always take orders from one who does. (Unknown)

3. When people are free to do as they please, they usually imitate each other. (E Hofter)

4. No man or woman who tries to pursue an ideal in his or her own way is without enemies. (D Bates)

5. A good goal is like a strenuous exercise...it makes you stretch. (M K Ash)

Mohon Dan Pinta

Cymbidium
Phaleonopsis
  Brassocattleya
 Fuchsia
Purple flowers

Mohon Dan Pinta

Oh Tuhanku, ku datang padamu
Bersimpuh sujud menadah tangan
Daku mengharap belaian kasihMu
Mohon lindungan sepanjang jalan.

Seandainya Engkau kasihi daku

Tunjuki daku jalan lurus terhampar
Mohon penuhi dalam dadaku
Iman dan yakin diiring sabar.

Bila Engkau kasihkan hamba

Beriku suluh digelap malam
Jangan biarkan diriku hampa
Menambah padat pengisi alam.

Bila hidupku hanya ternyata

Tiada faedah sedikit jua
PadaMu Tuhan aku meminta
KeampunanMu kala bersua.
(Ahmad Baki, El Suraya)

Gambar atas di ambil semasa bawa Kha bercuti di Cameron Highlands. apa nak buat bila dah kat atas sana? Dah minum teh, beli sayur dan strawberries serta jem......tengok nursery bunga. Ada juga orkid tapi yang tercantik ialah Cymbidium. Dah cuba tanam tapi bunga tak mahu kembang. Khabarnay di Ipoh tak cukup sejuk. Nampak bunga fuchsia yang petalnya berlapis. Warnanya  purple kemerahan,  memang warna istimewa yang dinamakan fuchsia.

Aku mula dikenalkan pada bunga ini oleh Mr Graham Murray, katanya ini bunga yang paling diminatinya. Oleh kerana warnanya yang unik ada dye dalam larutan yang berwarna seperti ini digunakan dalam tindak balas kimia untuk mengesan kulat, parasit, lemak, kabohidrat pada tisu haiwan dan manusia. Amazing.

Gambar bawah diambil di nursery bunga juga. Puas cari nama pokok ni tapi belum jumpa lagi. Bunganya kecil berbentuk trumpet, berwarna purple kuat dan daun yang hujau kehitaman. Rasanya datang dari tanah tinggi juga. Banyak dijual di nursery kerana orang tertarik dengan bunganya yang lebat.

Ada orang kata ini pokok bunga lavender sebab warnanya purple, tapi aku rasa bukan kerana lavender berbau wangi dan bentuk bunga lain sedikit. Tetapi ternyata ia bukan corydalis atau baptisia. Apapun semua pokok kat CH ni aku suka. Hati berdetik dan berbisik......kalau aku duduk diCH aku akan tanam Cymbidium sepenuh hati.