Thursday, July 1, 2010

Daun Keladi

Keladi hiasan
 
 Keladi hiasan, daun lebar

 Keladi daun merah

C. hortulanum
var Frieda Hemple
var Mrs Halderman

Keladi atau nama saintifiknya Caladium hortulanum ditanam untuk makanan terutama ubinya. Selain itu batang keladi, pucuk yang muda dan masih bergulung dan sulur keladi juga boleh dibuat sayur.

Ada banyak jenis keladi dan yang mempunyai daun berwarna dijadikan tanaman hiasan di halaman. Keladi hiasan ini sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanah yang gembur. Gambar atas diambil di Sungai Siput iaitu jenis daun keladi yang digunakan untuk membungkus tapai pulut.

Tapi tak boleh ambil daun keladi sembarangan kerana ada yang menyebabkan gatal kulit dan kerongkong.

Gambar tengah diambil di rumah mak, keladi dari varieti Frieda Hemple. Jiran mak banyak tanam bunga dan pasu-pasu yang berderet dijadikan sempadan antara rumahnya dengan rumah mak. Daun keladi ni berwarna merah terang kerana mendapat cahaya yang cukup. Gambar bawah diambil di nursery bunga, keladi varieti Mrs Halderman atau digelar Angel's Wings.

No comments:

Post a Comment