Dua gambar diambil di nursery bunga. Mungkin kerana pokok ni banyak khasiatnya maka ia dikenali juga sebagai pokok tapak dara, Janda Kedah, kembang sari Cina dan ros pantai atau dalam bahasa Inggeris, Rossay Periwinkle. Nama saintifiknya ialah Catharanthus roseus. Ia mudah tumbuh secara liar di kawasan pantai dan di tanah yang berpasir. Namun pokok ini telah menjadi salah satu pokok hiasan yang digemari kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni, senang dijaga dan tidak mahal harganya.
Sebenarnya keseluruhan pokok ini digunakan untuk mengubati cirit-birit, kencing manis, penyakit kulit, resdung, kanser dan leukemia. Daunnya yang muda boleh dimakan setelah direbus tetapi daun tua yang segar mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya. Oleh itu hanya dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan. Campuran dari pokok kemunting Cina dan melada pahit telah dikomersilkan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Salam
ReplyDelete