Friday, July 2, 2010

Misi Menyelamatkan Orkid

Tunas Grammatophyllum
Gramm.
Tunas Catasetum
Catasetum

Empat gambar orkid diambil di pondok orkidku. Kalau ada pseudobulb yang sudah tidak berdaun janganlah terus dibuang kerana ada kemungkinan besar ia akan bertunas semula. Cuma kena tunggu dan bersabar sedikit. Kalau ada banyak pseudobulb bolehlah diasingkan dua atau tiga pseudobulb untuk setiap rumpun. Buangkan akar mati dan selaput pseudobulb yang kering untuk mengelakkan serangga dari bersarang di situ.

Tidak perlu masukkan setiap rumpun pseudobulb dalam pasu individu pada tahap ini. Memadai jika semua pseudobulb diletakkan satu dalam pasu besar yang tidak menakung air dan ada pengudaraan yang baik (pasu banyak lubang di tepinya). Siram sekali sekala agar pseudobulb tidak terlalu kering. Tunggu hingga tunas setinggi 5 cm dan ada banyak akar barulah pseudobulb dialih ke dalam pasu yang sesuai. Gunakan arang atau batu bata yang sudah dibakar untuk stabilkan pokok orkid atau ikatkan pokok supaya tidak mudah tercabut ketika menyiram.

No comments:

Post a Comment