Tuan punya sampan untuk menyeberang sungai ke perumahan kecil di estet mak dan abah tinggal ialah seorang Cina yang dipanggil Apek. Dia dan keluarganya tinggal di sebuah rumah di tebing sungai dan laluan untuk ke jeti buruk bersambung dengan beranda rumahnya. Laluan titi papan ini akan ditenggelami air jika air pasang dan bila air surut seseorang boleh melihat bawah titi yang berlumpur. Aku selalunya takut untuk berjalan di titi tanpa memegang basikal abah kerana anjing Apak yang besar dan garang akan mengikuti kami. Kekadang abah akan minta anak Apek agar memanggil anjingnya.
Pada masa cuti sekolah mak cik ikut kami ke estet dan dia menunggang basikalnya sendiri. Itulah kali pertama mak cik ke rumah abah dan ketika di dalam sampan lagi mak cik kelihatan takut melihat sungai yang lebih luas dari sungai di kampung. Bila naik ke tebing abah tolong mak cik naikkan basikalnya dan menyuruh dia membawa basikal itu melalui titi papan. Tak tau dari mana anjing Apek muncul lalu menggigit betis mak cik. Kami semua terkejut mendengar dia menjerit dan melepaskan basikalnya jatuh ke dalam lumpur. Apek sekeluarga juga cemas dan takut kerana anjingnya telah mencederakan orang.
Dalam keadaan kelam kabut Mak cik terus dibawa ke klinik kepunyaan estet sejauh 6 km dari rumah abah. Setelah lukanya disamak dan dirawat mak cik dibenarkan balik ke rumah abah. Nasib baik tak ada perkara yang lebih buruk berlaku kepada makcik dan luka bekas gigitan sembuh dalam tiga minggu. Khabarnya anjing itu telah dijual Apek pada kawannya di daerah lain kerana ramai orang yang hendak menyeberang rasa terganggu dengan kehadirannya.

No comments:
Post a Comment