Jiran Kebun Pak Kholil
Semua gambar diambil di Gopeng, Perak. Tebing kanan Sungai Jahang dipenuhi dengan kebun-kebun durian dan di sebelah kirinya pula berselang seli di antara kebun durian dan getah serta perkampungan Melayu. Yang menariknya di dalam kebun tersebut terdapat banyak pondok-pondok kecil dengan pelbagai bentuk yang comel dan asli.
Di musim durian boleh dibayangkan timbunan buah durian di bawah pondok, asap dari tempat pembakaran sampah di hadapan pondok dan seorang dua yang sedang berlegar memungut durian gugur. Kadangkala kelihatan sekeluarga sedang sibuk menjamu selera di bawah pokok. Namun ketika ketiadaan durian pondok-pondok tersebut hanya tempat persinggahan yang sepi.
Aku yang tak ada kebun durian ni teringin sangat nak tinggal di pondok menunggu durian di malam hari. Menungggu bunyi bok! bok! bok! bersahut-sahutan dari sekeliling pondok. Mungkin membuka pintu perlahan-lahan, menyuluh persekitaran dengan lampu picit dan menuruni tangga menuju ke arah bunyi yang didengar tadi. Ohhh...mestilah ada yang teman kerana aku ni bukan berani sangat.

No comments:
Post a Comment