Mr R adalah penjual orkid di pasar tani dan katanya susah nak cari makan kalau hanya jual orkid saja. Yang datang melihat, membelek dan menaya harga pokok orkid memang ramai tapi rata-rata mereka akan pergi selepas senyum, menggangguk atau menggeleng kepala. Aku pula kalau suka sesuatu orkid akan menawar harga berhabis-habisan. Kalau Mr R tidak setuju terus terang aku cakap padanya tidak ada rezeki untukku untuk membawa orkidnya balik ke rumah. Yang nyata kebanyakan Cattleya Mr R gerenti cantik lawa. Contohnya pokok yang di atas. Masa aku beli aku minta harganya RM 35 sepasu kerana bunganya hanya sekuntum dah tu senget pulak.
Apa nama orkid ni? Kalau orang memberinya nama 'Gold Nugget' aku memang setuju 100% tapi nama itu sudah diberi pada cattleya berbunga kecil yang juga berwarna oren terang. Pada pendapat aku lebih elok membeli yang sudah berbunga kerana boleh confirm pokok bukan mandul dan warna bunganya kita berkenan. Sesudah enam bulan dalam jagaanku pokok tu berbunga lagi. Tiga kuntum kembang serentak dan tiga kuntum sedang menunggu. Puas hati betul bila tengok orkid ni berbunga lagi. Menjaga pokoknya seperti menjaga cattleya lain, bagi baja kimia untuk daun diselang seli dengan baja bunga secara semburan. Membaja seminggu sekali dan kalau ada bajet lebih letak baja tahi kambing dua bulan sekali.
Kini gerai Mr R tidak hanya menjual orkid saja tapi ada buah nona, kelapa pandan, cempedak dan pulasan. Pokok tut pun dijual sama. Lori kecilnya juga memuat pasu, kampit baja dan tanah hitam. Katanya dia ada tahah TOL seluas enam ekar dan ditanam dengan orkid dan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Orang ramai yang singgah bukan saja dapat cuci mata melihat bunga tapi dapat membeli buah-buahan dan anak pokok untuk ditanam. Hati berdetik dan berbisik.......sampai bila aku nak macam ni, orang berorkid aku berorkid, orkid orang jadi duit tapi aku hanya pandai mengangkut.
2 comments:
assalamualaikum hati berbisik,
Salam perkenalan. Saya merasa sangat gembira terjumpa blog ini semasa melayari cari pokok asam batu. Insyallah akan terus mengikuti penulisan mu
Teruskan menulis dari hati :-)
Salam. Terima kasih banyak-bayak. Sila berkunjung
Post a Comment