Pokok delima merupakan tumbuhan renek yang popular kerana ramai yang menanamnya di perkarangan rumah untuk hiasan atau tujuan perubatan. Ia sesuai ditanam di kawasan kering dan terdedah pada cahaya matahari. Pada umumnya biji buah delima berwarna merah pekat, kemerahan atau pun putih. Pokok delima putih mengeluarkan bunga berwarna putih dan isinya juga berwarna putih. Kebanyakan buah delima merah saiz buahnya lebih besar dan diimport dari luar negara seperti Sepanyol. Namun pokok delima yang sering ditanam oleh masyarakat China di sini mengeluarkan bunga berwarna oren. Saiz buah agak kecil dengan tompok hitam dan isinya berwarna kemerahan manakala rasanya agak masam dan kelat.
Seluruh pokok delima mempunyai khasiat perubatan. Kulit batang pokok delima mengandungi bahan tannin yang tinggi dan sesuai untuk mengatasi cirit birit. Daun delima yang direbus bersama daun teh dan diminum airnya mampu mengubati sesak nafas, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan gatal kulit. Ramuan daun delima, halia dan isi buah delima yang dilumatkan dan diperah airnya kemudian diminum dapat melegakan demam. Bunga delima yang direbus dan diminum airnya boleh meredakan gatal tekak.
Kulit dan isi buah delima yang dikisar mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit birit termasuk cirit yang kronik dan berdarah. Selain itu bahan ini juga digunakan untuk mengubati buasir, bengkak usus, sakit dalam perut, membuang angin dan menguatkan usus. Kulit biji delima yang telah dikeringkan kemudian direbus dan dibancuh dengan air suam serta sedikit perahan limau nipis boleh merawat penyakit keputihan. Untuk melangsingkan badan ambil sedikit biji delima, tumbuk dan campur dengan air suam serta secubit garam. Tapis dan minum airnya setiap pagi selama seminggu. Untuk mengubati bisul dan bengkak pula, asah kulit buah delima dan campur dengan lendir lidah buaya dan sapu pada kulit yang sakit.

1 comments:
mana cari ? saya nak cari delima (putih), tolong
Post a Comment