Bunga kekwa yang lawa
Warna macam gold
Untuk Tahun Baru
Harga tidak mahal
Bunga, close up
Tak sangka En Mat jiran kami menjual rumahnya dan aku dapat jiran baru berbangsa asing. Sepatutnya kawasan ini tempat orang kita tapi sebab beliau ada cable besar jadi dapatlah dia menjual tanah dan rumahnya dengan harga yang lebih tinggi. Yang tak sedapnya jiran baruku membawa beberapa ekor anjing dan membina pondok anjingnya di sudut hanya beberapa meter dari tingkap dapurku. Aku ni orang kampung jadi sensitif dengan bau dan bunyi haiwan yang sesekejap menyalak walau hanya bunyi kereta lalu atau ketika kami menyalakan lampu di dapur.
Waktu siang haiwannya dibiarkan berkeliaran di sekeliling rumah, melepas najis di halaman atau spray kencing di sepanjang pagar. Kekadang anjing kecilnya menyelinap masuk ke dalam kawasan rumahku untuk menggiggit kasut dan melarikan selipar. Aku betul-betul tak tahan bila anjing yang lebih besar mengejar anak-anak yang pergi balik ke surau untuk solat. Sampai hati betul En Mat carikan kami jiran macam ni. Tentulah aku komplen pada jiran baruku anjing-anjing tu bising dan menakutkan kanak-kanak. Pening kepala orang di rumah kerana ada yang hendak study, tidur dan perlu sedikit ketenangan.
Bila jiran senyap tak buat apa-apa aku pun cari jalan. Kalau aku nampak anjingnya berkeliaran aku campak beberapa ekor ikan tamban frozen. Saja nak sedekah dan agaknya berlarutan hingga dua atau tiga minggu. Mungkin si tuan perasan dan beberapa hari kemudian jiranku memberitahu K bahawa dia telah membawa semua anjing-anjingnya untuk bedah tekak. Kini bunyi salakan telah berganti dengan bunyi seakan batuk-batuk kecil. Anjing pun sudah dikurung. Aku pula menanam pokok bunga melur di antara sudut pagarku dengan pondok anjing hingga rimbun macam hutan. Untuk menghalang bau dan mengindahkan pandangan. Sorry, no hard feeling maaa......, namun kami tetap bertukar rendang dan ketupat dengan limau mandarin dan kacang goreng pada setiap hari kebesaran. Hati berdetik dan berbisik...... alhamdulillah, peka juga jiranku ini dan barulah aman sikit nak dengar azan.

0 comments:
Post a Comment