Sudah dekat ni
Nampak bahagian atas
Sudah dekat bebeno
Bahagian bawah
bangunan
bangunan
Jom menabung di sini
Kha dapat lebih seratus ringgit pada raya setiap tahun. Dia tidak akan belanja duitnya tapi mengendeng jajan orang lain walaupun secubit atau sesuap dengan alasan nak merasa. Yang penting duit siling dalam tabung bangunan tingginya berat. Duit kertasnya masuk dalam akaun ibu bapa sambil memperingat sekarang sudah ada berapa? Seringgit pun tidak boleh kurang dari deposit dahulu walaupun dia setuju untuk membayar barang yang diingininya. Hujahnya, dia masih dalam tanggungan ibu bapa dan eloklah kalau ibu bapa jadi lebih pemurah.
Kebetulan ternampak pula bangunan ni bila ke Ampang untuk makan nasi Arab dalam perjalanan balik ke Ipoh dari JB. Sebiji macam tabung di rumah. Spontan bagi peringatan orang-orang dalam kereta tentang manfaat menabung, berjimat cermat dan berdikit dikit. Bukan senang nak buka cerita tentang simpan duit sebab bila tinggal di bandar duit keluar macam air mengalir. Semua boleh dapat asalkan mampu membayar. Aku kata bangunan ni bukan orang kaya punya tapi orang-orang kampung dan orang tidak berapa berduit. Duit sikit-sikit yang dikumpul dari jual pisang dan ubi, kopi dan keladi atau tempe dan kerepek. Ada yang menoreh getah, yang bersawah dan jadi nelayan semuanya menyimpan di sini dengan niat hendak menunaikan haji. Berbelas atau berpuluh tahun baru cukup. Lama sebab simpanan terpaksa dikeluarkan untuk anak belajar dan sakit pening. Itulah cara orang susah menyimpan. Sayangnya ada orang berpengaruh dan kaya yang mencopet berjuta-juta walhal orang kecil nak keluarkan seratus dua kena isi borang dan menenyeh cap jari lebih dari sekali.
Kalau bukan dalam kereta sudah tentu mereka sudah cabut lari dengar ceramah ni. Tapi mudah-mudahan ada yang masuk sedikit sebanyak kerana masing-masing pun sudah ada tabung sendiri. Di rumah susah nak jumpa duit siling sekarang kerana ramai yang rajin memungut. Dulu ada ada juga seposen dua di jenang tingkap, di atas meja, di tepi mesin basuh dan di dalam laci. Sambil tu di sebelah tabung lembu, tin bekas biskut, botol air mineral kosong dan bas plasik untuk isi siling aku letakkan Tabung Palestin. Sesiapa yang menabung mesti masukkan 25% untuk tabung amal tersebut. Betul kata nenek moyang kalau dihimpun sikit-sikit tentu lama-lama jadi bukit. Hati berdetik dan berbisik.......cuma nak sabar, jangan lupa bayar zakat bila sudah banyak dan rajin-rajinlah menderma serta bersedekah jika ingin duit tu makin bertambah.

0 comments:
Post a Comment