Tuesday, May 15, 2012

Umur Yang Sebenarnya

Daun dan akar
Akar mencengkam
Mencari ruang
 Walaupun payah
 Teruskan hidup

Tak sangka jumpa Mai masa kenduri kahwin anak seorang kenalan dan kebetulan pula di sebelahku ada kerusi kosong. Sambil makan kami bersembang. Aku dah lama tak dengar khabar Mai sejak dia sekeluarga berpindah di Kelantan. Katanya dia sedang bercuti dari mengajar di kolej. Banyak juga yang kami bualkan, tentang keluarga dan aktiviti, masa yang sangat cepat berlalu, penyakit dan umur. 

Tetapi yang paling aku ingat ialah bila Mai kata 'umur biologi kita sebenarnya tak seimbang dengan umur roh'. Dah balik ke rumah pun masih teringat kata-kata Mai. Teringat perihal diri sendiri, banyaknya aku janji nak jadi lebih baik tetapi cepat dikalahkan oleh perkara-perkara yang buruk dan melalaikan. Berusaha nak buat perkara yang soleh, namun yang timbul hal yang menambah dosa pula.Yelah, perkembangan yang tak seimbang, badan dah tua tapi roh yang mengawal jasad semuda bayi. Apa yang diharapkan jika seorang bayi yang bergantung sepenuhnya pada orang lain memimpin seorang tua? Huru-haralah jadinya, janji tinggal janji, usaha tersia kerana tak ada ilmu. 

Perkembangan roh terlalu lambat kerana lebih pentingkan memberi makanan pada fizikal. Lalu roh terabai, sedangkan yang berinteraksi dengan alam yang lebih tinggi adalah roh. Roh yang akan jumpa Allah swt dan roh yang akan dicabut dan disoal.Hidup yang sebenarnya diukur dengan perjalanan roh dan bukan perjalanan umur yang seperti kita sangkakan. Apalah nilai umur seribu tahun jika masih tidak sedar tentang tujuan hidup di dunia ini.Hati berdetik dan  berbisik.......terimakasih Mai kerana tolong ingatkan diriku semula bahawa sia-sia hidup ini mesti digunakan dengan sebaiknya untuk mengurus nyawa.

0 comments:

Post a Comment