Sejak hujung tahun lepas terasa malas betul nak membaja pokok orkid kerana sibuk dengan aktiviti sulam menyulam. Tapi pelik pula pokok yang disangka mandul ada yang mula mengeluarkan kuntum. Melihat pondok orkidku akan meriah kembali aku bersemangat balik mencari baja kimia yang tersorok dalam botol di rak-rak stor. Sebenarnya pokok orkid segar semula kerana sekarang lebih banyak hujan dan pokok dapat minum hingga batangnya kembung.
Oleh kerana alat penyembur cepat rosak aku guna botol air mineral yang telah ditebuk lubang kecil di penutupnya. Masukkan larutan baja foliar berwarna hijau dan simbah pada batang pokok 2 kali seminggu. Cara ini lebih cepat dan mudah sebab macam letak cili sos pada burger. Tapi jangan sekali-kali tuang pada pucuk ditakuti air bertakung dan pucuk akan reput terendam air baja. Setelah sebulan dibaja nampaknya daun pokok semakin hijau dan tunas muda sebesar jari kelingking mula keluar.

Walaubagaimana pun pokok orkid tidak tahan terlalu banyak disiram apalagi jika ada air bertakung di pasu. Dari permerhatian lepas, pokok orkid Dendrobiumlah yang paling mudah kena penyakit reput. Memang sayang sebab kekadang pokok muda yang sudah setinggi 10 sm tiba-tiba daun bertukar kuning. Bila pucuknya ditarik ia sudah buruk dan berair. Bahagian ini mesti dibuang dan dibiarkan kering untuk menyelamatkan pokok lain dalam perdu tersebut. Hati berdetik dan berbisik.........eloklah jangan dipaksa-paksa orkid minum, kalau sudah terkena hujan cukuplah, biarkan, biarkan.
5 comments:
ermmmm...kakCT pon baru je berkelapangan melihat-lihat orkin semula. sibok sket sebab ada pulak jiran kasi 5 ekor lagi utk dibela & dibelai.
terima kasih singgah.
salam
melalui pembacaan saya di blog anda anda ada orkid spesis dendrobium bracteosum
saya dah lama meminati spesis tersebut
kalau boleh saya nak beli cutting spesis tu dari anda jika anda mempunyai banyak induk dari spesis tersebut..
ap2 emel sya d
kabox87@gmail.com
tq
Salam CT, dapat cats ke? Di rumah ni ada 2 rabbits......asyik terlepas dari sangkarnya. Satu kerja juga mencari dalam semak samun di belakang rumah.
Salam En kabox. Maaf tak dapat nak bagi, pokok dah tak sihat kebelakangan ni....Minat orkid juga ke? Saya ternampak nama tuan dalam blog orkidla atau de dangau....
untuk pembajaa orkid boleh gunakan baja cecair mikro BIO-ONE-PLUS
sesuai untuk semua jenis pokok bunga
maklumat lanjut boleh ke mdaarifent.blogspot.com
Post a Comment