Friday, September 14, 2012

Jawab Sebelum Ditanya

 
 Masih kuntum

 Kelopak seperti kertas
 Warna purple
 Warna putih
 Ketika kembang

Pagi Sabtu aku kuatkan azam untuk hadirkan diri di surau yang hanya 200m dari rumah untuk dengar ceramah. Rasanya aku dah lama tak ikuti cermah mingguan di situ hingga saudari sekariah yang terserempak di pasar malam atau majlis kenduri bertanya: sihat ke? lama tak nampak, sibuk?

Dulu aku jarang miss cari ilmu tapi akhir-akhir ni rasa tawar aje nak pergi. Nak kata sibuk tak juga cuma mengada-adakan alasan macam lebih baik kalau duduk di rumah. Tak ramai yang datang pagi tu walaupun majlis sengaja dimulakan lambat sedikit. Beberapa kali penceramah ulang bahawa topik yang akan disampaikan mungkin ramai sudah dengar tapi ada baiknya jika hadirin dapat refresh lagi memori.

Ceramah siri pertama ini petikan dari buku Fathi Yakan: Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kebetulan aku bawa buku tu jadi semak saja apa yang ustaz terangkan, cuma 253 mukasurat sahaja. Tetapi ada perbincangan yang menarik hatiku terutama yang terkena batang hidung sendiri. Yelah, tentang ilmu dunia, ehwal semasa dan cerita sensasi kekadang terlalu well informed. Bila disoal semua dah ada kat finger tips. Dan bila tanya diri sendiri, 'Apa ertinya aku menganut Islam?'

Lama juga berfikir macamna nak menjawab. Memanglah boleh jawab tapi tersekat-sekat, banyak uuuu aaaa, uuuu aaaa, mungkin dapat markah penuh dan paling menakutkan macam tak yakin. Muslim sejak lahir tapi masih lagi kabur dengan tuntutan menjadi seorang Muslim seperti yang Allah swt kehendaki. Setakat ni di negara kita tidak ramai yang tanya kenapa jadi Muslim kerana orang take for granted melihat bila pada bangsa dan penampilan. Bukankah sudah sampai masa untuk mencari jawapannya kerana inilah titik tolak dan pasport untuk ke syurga.

0 comments:

Post a Comment