Dendrobium, pondok orkidku
Bila kekawan tanya hadiah apa yang aku idamkan, aku menjawab tak usahlah beri aku tudung fesyen terbaru, handbag atau kain ela untuk dibuat baju. Terima kasih banyak-banyak. Tapi boleh tak dapat orkid? Dan aku dapat dua pasu Phaleonopsis sedang berbunga dan anak orkid Doritis dalam bakul cantik. Yus dan geng pula bagi Dendrobium berbunga maroon dan yang berwarna hijau katanya dibawa straight dari nursery bunga di Rawang.
Dua orang kawan yang lain ada cerita sendiri bila nak memberi orkid. Aku tahu masing-masing suka dan ada koleksi orkid di rumah kerana mereka confess dulu pernah curi bawa masuk pokok orkid eksotik dari negara jiran. Kononnya mereka penyek pokok-pokok tersebut dalam lipatan baju kotor yang berpalit tahi lembu dan lumpur. Oleh kerana kerja mereka pun ada kena mengena dengan import ternakan jadi dapatlah mereka masuk ke pendalaman negara tersebut. Sambil tu tengok-tengok orkidlah gamaknya. Yang buat aku irihati dan hijau biji mata ialah gambar-gambar orkid hutan yang berbunga cantik di sana dan murah pula harganya. Untuk aku mereka hadiahkan anak orkid Gramatophyllum yang dibeli di Padang Besar.
Kisah bagi bunga ni sudah dua tahun berlalu. Pokok orkid Dendrobium masih ada dan sesekali mengeluarkan bunga. Orkid Gram pula sudah ada empat atau lima biji pseudobulb namun belum mengeluarkan bunga. Ada yang nasihatkan jangan manjakan jenis orkid ni. Letak dekat panas, jangan dibaja untuk elak pokok gila daun. Jadi pokok ni dah diasingkan ditepi pagar jauh dari pondok orkid. Phaleonopsis dan Doritis masing-masing hanya tinggal sepokok kerana aku memang mengaku kalah nak menjaga orkid jenis ini dan suku sakatnya. Hati berdetik dan berbisik..........thanks for the beautiful orchids dan untuk teman semua aku doakan agar kalian bahagia selalu.
Dendrobium, pondok orkidku
Phalaenopsis, di nursery
Dendrobium, di orchid show
Doritis, kawan bagi

5 comments:
Menarik post ni...suka ;) Untuk tips Phalaenopsis dan doritis perlukan teduhan yang lebih ~70%, pengudaraan yg baik dan air yang cukup. Jika 3 elemen ini tak dipenuhi...jawabnya mati lah.
Thanks, teduhan, udara dan air rasanya dah ok. Mungkin sebab saya tak pernah sembur racun kulat atau media tanamannya sudah tak sesuai. Lagi satu orang kata pokok manja ni tak boleh kena hujan....macam kambing pulak.
Cik Sarihani,
Saya ada terbaca satu artikel cik pasal ros kayu.. Mana nak dapat benih ros ni? Dah lama hubby saya mencari. Dulu masa kecik kecik di kampung dia ada sekarang dah mati.Cik Sari ada benih dia ke? Kalau ada boleh tak saya dapatkan benih ni?
Salam,
Cerita ros kayu ni sudah lama berlalu, semasa saya tinggal di Batu Pahat Johor. Benih diberi oleh kawan dan lepas pokok saya mati semuanya hanya tinggal kenangan. Nampaknya sama-sama kita jejaki semula pokok bunga yang menarik ni.....
WSalam,
Frust pulak mendengarnya.. Dah terbayang saya akan dapat pokok ini akhirnya. Family hubby duduk kat Kluang. Mungkin masih ada pokok ini di Johor. Nanti kita sama sama jejak pokok ini ye.
Post a Comment