Kulit manggis
Setakat ini aku jarang ambil gambar makanan kecuali apa yang ada di halaman ini. Pertama, roti canai Tanjung Balau, Johor ni memang sedap. Jamin tidak liat, tidak bersememeh dengan minyak dan tidak mahal. Kalau ini roti canai paling sedap aku makan, yang kedua sedap ialah roti canai berbentuk sanggul di Hotel Residence, UNITEN.
Cik Minah dan Mai kata, kalau di selatan dipanggil pengat ubi, namun di sini namanya penjan. Bahan memasak sedikit dan cara memasak pun simple. Rahsia untuk dapat pengat yang enak ialah mesti guna ubi yang tak ganyut dan gula melaka yang asli bukan gula damarera atau molases.
Ketiga, susu kambing, sup rusa dan rendang ostrich ialah menu satu hari di hari raya. Kalau ada rezeki dapat pula merasa di hari lebaran tahun ini.

Kempat ais krim ni dibuat dari susu segar bukan susu import dari New Zealand atau Australia. Gambar ketika Agrofest tahun lepas. Ada seseorang beri satu kon ais krim percuma jadi kerana memberi laluan untuk dia mempromosikan ais krim tersebut jadi lambatlah nak merasa. Habis ais krimnya lentuk!
Kelima kulit manggis yang dijemur oleh K setelah mendengar sangat mudah nak mendapat bahan anti-oksidan yang murah. Sudah hampir setahun kulit manggis kering tu berada dalam beg plastik tetapi tak ada orang yang nak memprosesnya. Masing-masing belum teringin meminum jus berwarna unggu pekat walaupun elok untuk kesihatan. Bila sales girl di farmasi promosi pil anti-oksidan sarat dengan selinium, zinc an vitamin A, C dan E. Aku pun terus membeli. Hati berdetik dan berbisik, pil canggih yang sudah siap untuk ditelan saja ini pun tidak dimakan juga!
1 comments:
comelnye aiskrim lentok tu..
Post a Comment