Kata orang Agrofest tahun ni akan diadakan pada bulan Disember akan datang. Bukan di tempat biasa di PLT Sungai Siput tapi di TEMAN (Terminal Agribis Negara), Gopeng. Tempat baru ni lebih besar dan canggih, di warwarkan untuk menggantikan pasar borong di Menglembu yang sudah uzur dan sesak. Bila lalu di TEMAN memang nampak bangunan-bangunannya dan gudang yang besar tersergam. Tetapi ramai yang sudah ke sana sedikit kecewa kerana ianya belum meriah seperti pasar borong lama yang hendak dipindahkan itu.
Orkid dendrobium di atas namanya Dendrobium Frosty Dawn, diambil gambarnya sewaktu Agrofest tahun lalu. Aku tanya orang tentang Agofest bukan apa, cuma nak tau tentang pameran orkid yang diadakan di sana. kalau nak beli anak benih di pasar tani atau nersery tanaman lagi murah. Anak buluh madu yang disemai dalam polybeg harganya mencecah RM 12 -15 berbanding dengan RM 7 di masa biasa. Ketika tu orang tengah gila-gila menanam buluh madu. Penjual orkid yang aku kenal khabarnya telah menanam 60 rumpun. Nak jual rebung yang orang kita suka masak lemak atau kari dengan daging lembu.
Oh....banyak lagi sebenarnya anak pokok dari klon dan varieti baru atau tumbuhan yang tidak pernah ada di Malaysia sebelum ini dijual. Cuma aku yang tak sempat melihat-lihat kerana sibuk di pameran dan gerai orkid walau ke sana dua tiga hari. Elok juga Agrofest tahun ni ditunda, kebetulan kemera Coolpix aku sudah meragam. Setiap kali on, lens akan keluar masuk macam nak fokus tapi tak menjadi. Kemudian berhenti dan tertulis di screen 'lens error'. Hati berdetik dan berbisik, kot ini tanda cukup-cukuplah ambil gambar dan lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah seperti sulam menyulam?

0 comments:
Post a Comment