Monday, February 27, 2012

Ke KL Dulu-dulu

Tol Jalan Duta
Ampang
Ampang
DUKE
Muzium Negara

Lawatan ke KL ketika di sekolah rendah memang membawa banyak kenangan kerana itulah kali pertama aku pergi ke tempat yang jauh. Melihat bangunan tinggi dan kenderaan yang banyak di dalam kota. Kami sempat singgah di Pedas, NS untuk melihat kolam air panas. Dengan berhati-hati kami sua tangan ke dalam air kolam dan kehairanan macamana air boleh jadi panas? Lebih pelik bila ada pengunjung lain cuba merebus telur ayam dalam kolam tersebut.


Kami tiba di KL sebelum tengah hari dan bas melalui jalan di hadapan bangunan Parlimen. Wah, tingginya dan kami dah diberitahu ia lebih empat puluh tingkat. Setelah melawat Tugu Negara kami dibawa ke Lake Garden. Masing-masing pilih tempat nak buka bekal makan tengahari, ada yang di bawah pokok, tepi rumpun buluh atau pinggir tasik. Bukan apa sangat bekal yang dibawa sekadar nasi putih, telur masak kicap dan tempe goreng. Yang berada sedikit adalah bawa lauk ayam. Tak ada tupperware atau polystyrene kerana semua dibungkus dengan daun upih atau daun pisang.

Kemudian barulah kami ke Masjid Negara dan melawat Muzium Negara. Dalam muzium kami jalan mundar mandir melihat barang-barang lama yang dipamerkan tetapi yang paling manarik ialah haiwan-haiwan yang telah diawetkan.
Akhir sekali kami pergi ke kilang membuat minuman F&N, dan untuk kesekian kalinya pelik melihat mesin membuat beratus-ratus botol plastik dalam seminit dan bagaimana air oren dibotolkan. Lewat petang baru kami bertolak balik dan tiba di kampung hampir subuh. Sebulan bersiap untuk pergi dan sesudah itu sebulan pula barulah cerita seronok lawatan ke KL padam. Hati berdetik dan berbisik........ sampai sekarang pun aku yang di ulu ni masih teruja bila sesekali berada di KL,....... melihat ibu negara katakan.

Menjadi Muslim Pemurah

Suatu ketika Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat baginda: Manakah yang lebih kamu cintai, harta ahli waris atau harta sendiri? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah, tentu tidak seorang pun di antara kami kecuali lebih mencintai hartanya sendiri. Rasulullah saw meneruskan: Sesungguhnya harta seseorang ialah apa yang telah ia gunakan, dan harta ahli waris adalah apa yang belum ia gunakan. (HR Bukhari).

Abu Bakar Al Jazairi menceritakan sebuah kisah bahawa Aisyah rha mendapat wang sebanyak 180,000 dirham dari Muawiyah bin Abi Sufyan. Wang itu diletakkan di dalam mangkuk dan dibahagikan kepada orang ramai sehingga habis.

Pada waktu petang Aisyah rha kepada pembantunya: Ambilkan makanan berbuka untukku. Lalu wanita itu menghidangkan roti dan minyak. Beliau berkata: Mengapa engkau tidak mengambil satu dirham dari mangkuk tadi dan membeli daging untuk berbuka? Pembantu itu menjawab: Jika Puan mengingatkan tadi, sudah pasti saya akan melakukannya.

Seorang Muslim adalah dermawan kerana selalu merenung firman Allah swt yang bermaksud, "Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: 'Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh." (Al Munafiqun: 10)

Saturday, February 11, 2012

Pokok Janda Kaya

Pokok Janda Kaya
Berbunga putih
Bunga jambak besar
Bunga, close up
Berbunga merah

Dua gambar diambil di nursery bunga. Ada orang menamakan pokok Janda Kaya sebagai Musa Indah bersempena dengan nama saintifiknya Mussaenda pubescens. Pokok ini mudah didapati dan sering dijadikan tanaman hiasan di tepi jalan. Pokoknya menjadi lebih rimbun jika dahannya selalu dipangkas dan boleh berbunga sepanjang tahun. Ia boleh didapati dengan bunga kecil berwarna merah, bunga lebar dan lebat warna pink atau saiz sederhana warna putih.

Selain namanya yang glamour pokok ini juga mempunyai nilai perubatan terutama bahagian batang, daun dan akarnya. Pengamal perubatan tradisional percaya bahawa tanaman ini boleh membantu membersihkan darah, mengurangkan tekanan akibat racun, pitam dan sengal-sengal pinggang. Namun begitu khasiat bunganya masih belum lagi diketahui.

Satu lagi kegunaan batang dan daun pokok ini ialah sebagai ubat luaran. Caranya dengan menumbuk batang dan daun sehingga lumat dan ditampalkan pada pada bahagian badan yang bengkak untuk mengurangkan sakit dan bengkak menjadi surut. Ia juga sangat berguna untuk wanita bagi melancarkan peredaran darah dan mengurangkan perdarahan akibat luka dalaman.

Seni, Makanan dan Nikmat

1. Satu bangsa tidak akan boleh dikalahkan oleh seni, tetapi ia dikalahkan dengan kekuatan. Maka suatu penyesatan jika seni dianggap sebagai salah satu sarana kekuatan. (M Al Siba'i)

2. Barangsiapa memakan yang haram nescaya derhakalah segala anggota tubuhnya, baik dengan sengaja atau tidak. Dan barangsiapa memakan yang halal, nescaya ia akan ditaati oleh segala anggota tubuhnya dan diberi taufik untuk melakukan kebaikan. (Sahl At Tusturi)

3. Barangsiapa yang tidak menghargai nikmat, maka akan dicabut nikmat itu dalam keadaan ia tidak menyedarinya. (Sirry As Saqti)

4. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan lenyaplah ilmu itu seperti lenyapnya embun pagi dari Bukit Safa'. (Malik bin Dinar)

Wednesday, February 8, 2012

Berjiran Dengan Bulan

Bunga kekwa yang lawa
Warna macam gold
Untuk Tahun Baru
Harga tidak mahal
Bunga, close up

Tak sangka En Mat jiran kami menjual rumahnya dan aku dapat jiran baru berbangsa asing. Sepatutnya kawasan ini tempat orang kita tapi sebab beliau ada cable besar jadi dapatlah dia menjual tanah dan rumahnya dengan harga yang lebih tinggi. Yang tak sedapnya jiran baruku membawa beberapa ekor anjing dan membina pondok anjingnya di sudut hanya beberapa meter dari tingkap dapurku. Aku ni orang kampung jadi sensitif dengan bau dan bunyi haiwan yang sesekejap menyalak walau hanya bunyi kereta lalu atau ketika kami menyalakan lampu di dapur.

Waktu siang haiwannya dibiarkan berkeliaran di sekeliling rumah, melepas najis di halaman atau spray kencing di sepanjang pagar. Kekadang anjing kecilnya menyelinap masuk ke dalam kawasan rumahku untuk menggiggit kasut dan melarikan selipar. Aku betul-betul tak tahan bila anjing yang lebih besar mengejar anak-anak yang pergi balik ke surau untuk solat. Sampai hati betul En Mat carikan kami jiran macam ni.
Tentulah aku komplen pada jiran baruku anjing-anjing tu bising dan menakutkan kanak-kanak. Pening kepala orang di rumah kerana ada yang hendak study, tidur dan perlu sedikit ketenangan.

Bila jiran senyap tak buat apa-apa aku pun cari jalan. Kalau aku nampak anjingnya berkeliaran aku campak beberapa ekor ikan tamban frozen. Saja nak sedekah dan agaknya berlarutan hingga dua atau tiga minggu. Mungkin si tuan perasan dan beberapa hari kemudian jiranku memberitahu K bahawa dia telah membawa semua anjing-anjingnya untuk bedah tekak. Kini bunyi salakan telah berganti dengan bunyi seakan batuk-batuk kecil. Anjing pun sudah dikurung. Aku pula menanam pokok bunga melur di antara sudut pagarku dengan pondok anjing hingga rimbun macam hutan. Untuk menghalang bau dan mengindahkan pandangan. Sorry, no hard feeling maaa......, namun kami tetap bertukar rendang dan ketupat dengan limau mandarin dan kacang goreng pada setiap hari kebesaran. Hati berdetik dan berbisik...... alhamdulillah, peka juga jiranku ini dan barulah aman sikit nak dengar azan.

Jika Ingin Berubah

Seseorang susah untuk meninggalkan suatu perangai atau kebiasaan buruk jika ia meninggalkannya bukan kerana Allah swt. Akan tetapi sesiapa yang meninggalkan-nya dengan hati yang benar-benar ikhlas kerana Allah swt maka ia akan mendapat kemudahan. Dia juga telah bersedia untuk diuji untuk mengetahui samaada perbuatannya itu benar atau dusta. Orang yang benar akan sabar menghadapinya dan mendapat nikmat yang besar setelah melepasi ujian tersebut.

Benarlah apa yang dikatakan orang bahawa barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah swt semata-mata maka Allah swt akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Adapun pengganti itu ada pelbagai cara dan manfaat seperti lebih mencintai Allah swt, kepuasan hati, ketenangan jiwa dan keredhaan terhadapNya.

Saturday, February 4, 2012

Tabung Menabung

Sudah dekat ni
Nampak bahagian atas
Sudah dekat bebeno
Bahagian bawah
bangunan
Jom menabung di sini

Kha dapat lebih seratus ringgit pada raya setiap tahun. Dia tidak akan belanja duitnya tapi mengendeng jajan orang lain walaupun secubit atau sesuap dengan alasan nak merasa. Yang penting duit siling dalam tabung bangunan tingginya berat. Duit kertasnya masuk dalam akaun ibu bapa sambil memperingat sekarang sudah ada berapa? Seringgit pun tidak boleh kurang dari deposit dahulu walaupun dia setuju untuk membayar barang yang diingininya. Hujahnya, dia masih dalam tanggungan ibu bapa dan eloklah kalau ibu bapa jadi lebih pemurah.

Kebetulan
ternampak pula bangunan ni bila ke Ampang untuk makan nasi Arab dalam perjalanan balik ke Ipoh dari JB. Sebiji macam tabung di rumah. Spontan bagi peringatan orang-orang dalam kereta tentang manfaat menabung, berjimat cermat dan berdikit dikit. Bukan senang nak buka cerita tentang simpan duit sebab bila tinggal di bandar duit keluar macam air mengalir. Semua boleh dapat asalkan mampu membayar. Aku kata bangunan ni bukan orang kaya punya tapi orang-orang kampung dan orang tidak berapa berduit. Duit sikit-sikit yang dikumpul dari jual pisang dan ubi, kopi dan keladi atau tempe dan kerepek. Ada yang menoreh getah, yang bersawah dan jadi nelayan semuanya menyimpan di sini dengan niat hendak menunaikan haji. Berbelas atau berpuluh tahun baru cukup. Lama sebab simpanan terpaksa dikeluarkan untuk anak belajar dan sakit pening. Itulah cara orang susah menyimpan. Sayangnya ada orang berpengaruh dan kaya yang mencopet berjuta-juta walhal orang kecil nak keluarkan seratus dua kena isi borang dan menenyeh cap jari lebih dari sekali.

Kalau bukan dalam kereta sudah tentu mereka sudah cabut lari dengar ceramah ni. Tapi mudah-mudahan ada yang masuk sedikit sebanyak kerana masing-masing pun sudah ada tabung sendiri. Di rumah susah nak jumpa duit siling sekarang kerana ramai yang rajin memungut. Dulu ada ada juga seposen dua di jenang tingkap, di atas meja, di tepi mesin basuh dan di dalam laci. Sambil tu di sebelah tabung lembu, tin bekas biskut, botol air mineral kosong dan bas plasik untuk isi siling aku letakkan Tabung Palestin. Sesiapa yang menabung mesti masukkan 25% untuk tabung amal tersebut. Betul kata nenek moyang kalau dihimpun sikit-sikit tentu lama-lama jadi bukit. Hati berdetik dan berbisik.......cuma nak sabar, jangan lupa bayar zakat bila sudah banyak dan rajin-rajinlah menderma serta bersedekah jika ingin duit tu makin bertambah.

To Be A Better Person

- Secrets of family communication:
1. Listen - just listen
2. Don't criticize or judge
3. Talk from the heart
4. Don't assume
5. Show your love

- To beat the daily grind you may have to change your habit. But you'll reap significant rewards; less stress, better health and greater sense of accomplishment.

- Everything that irritates us about others can lead us to an understanding of ourselves.