Thursday, January 17, 2013

Orkid Letak Kat Mana?


Di tunggul palma
Tiang pagar
Dahan rambutan
Dahan rambutan
Tiang konkrit

Hati teringin betul nak pergi orkid show di Taiping baru-baru ni sebab dah lama benar tidak melihat dan menambah koleksi yang ada. Bersemangat balik bila melawat beberapa blog canggih sifu yang dipenuhi dengan gambar pelbagai orkid, tips dan ceritanya yang menarik. Tak sempat pergi kerana perlu hadir empat kenduri pada hari tu. Jadi kena bersabar sambil menunggu kalau ada orang yang sudi buat report dan upload gambar show tersebut. Terimakasih banyak-banyak.

Sekarang ni selalu pulak terbayang bunga-bunga Catasetum dari blog orang. Nak cuba beli orkid di internet tapi masih belum berani. Akhirnya pergi ke nursery orkid yang sudah setahun tidak dijengah. Sudah habis pusing dan tengok orkid yang ada jadi juga membeli empat anak Catasetum dan satu Clowsetum dengan harga termampu. Dalam perjalanan balik dari Jelapang ke Ipoh ternampak ada orkid show di hadapan Tesco Extra. Berhenti! Ronda-ronda dan tambah koleksi lagi. Sudah sampai rumah mula cari tempat nak meletak dan mengantung apa yang dibeli. Pondok sudah sesak dan dahan rambutan juga sudah sarat. So......

Cari punya cari jumpa kepala katil besi berbentuk C yang sudah patah. Sandar dan ikatkan  pada tiang konkrit pondok orkid. Untuk sementara ni bolehlah gantung 20 pasu. Kawanku, Cik Minah yang mula berjinak menanam orkid sudah guna tiang bekas katil kayunya. Katanya dirikan tiang dalam pasu, sendal dengan batu agar tidak tumbang, letak pokok orkid dan ikat. Dengan bangga dia tunjuk gambar
orkid Dendrobium mini yang sedang berbunga sebagai bukti dalam handphone. Kalau tak silap suatu masa dulu heboh tentang saranan menanam padi di atas bumbung. Juga ura-ura tanam orkid di tiang letrik atau tiang telefon. Hati berdetik dan berbisik........di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cumanya  jangan segan mencuba.

1 comments:

ctpayong said...

janji cukup cahaya...orkid pasti berbunga.

Post a Comment