Mums
Begonia bunga kuning
Sebenarnya aku ni baru balik dari ngaji kata orang Perak, maknanya dengar kuliah di masjid atau madrasah. Kalau di Selatan ngaji membawa maksud membaca Al Quran. Mula-mula dulu confuse juga macam perkataan cekelat yang bermaksud.gula-gula. Aku biasanya sebut gula-gula bermakna sweets dan coklat ertinya chocolate bar. Lain padang lain belalang, dah lama tinggal di Perak ni akurlah yang cekelat tu gula-gula aka sweets.
Kekwa, Chinese New Year mood |
Bila kamera rosak terpakasa letak gambar lama yang dah save bertahun untuk bagi post nampak meriah. Maaf kerana gambar cuma hiasan. Tak ada gambar makcik-makcik jalan beramai ke masjid atau yang berbasikal. Selepas nagji ada jamuan makan ala kadar, masing-masing bawa makanan untuk dikongsi bersama. Yang rajin memasak dan membawa memang banyak dapat pujuan. Aku yang kurang minat memasak tapi suka makan cuma tolong basuh pinggan dan tolong memuji...hati berdetik dan berbisik mudah-mudahan akupun dapat pahala sebab pujian tu betul-betul ikhlas.
African daisy kuning |
0 comments:
Post a Comment