Salah satu perkara yang tak seronok bila bertanam ni ialah bila ada serangan makhluk asing. Semut, mites, sepah bulan dan siput semuanya jadi musuh akar, batang, daun dan bunga. Oleh kerana banyak orkidku yang digantung so semutlah hitamlah yang jadi tetamu tak diundang nombor satu. Mula-mula nampak seekor dua merayap santai ikut highway dawai turun menuju pasu orkid. Kemudian bertali arus. Yang sudah sampai ke pokok akan bermastautin di pucuk muda dan kuntum.
Bila dibiarkan mereka buat sarang, bertelur dan beranak pinak. Senang saja nak tau ada koloni semut ke tidak menyorok dalam media dipasu. Pertama pkok orkid mereket hidup segan mati tak mau. Kedua ada semut mundar mandir di pokok orkid dan di luar pasu. Cuba ketuk-ketuk pasu, dalam sekelip mata bertempiaran askar semut ke sana kemari membawa telur keluar dari sarangnya.
Aku dah cuba guna penyembur serangga, bukan setakat semut mati dan pucuk orkid juga melecur. Sekali kena aku jera, tak buat lagi dah. Cuba pulak ubat semut jenis serbuk beli di kedai baja dan pasar tani. Teorinya semut makan, balik ke sarang dan mati. Ini pun tak berkesan. Kekadang aku rendam pasu bermasaalah dalam air hingga semua semut lemas. Tapi ini bukan jalan yang terbaik dan ekonomik.
Lastly, cuba guna pokok letup-letup berdaun busuk amat yang tumbuh dekat pagar, Ambil 10 tangkai daun bersama batangnya, simpul dan letak pada pasu yang ada penghuninya. Dapatlah tentera semut dapat dihalau untuk beberapa hari. Hati berdetik dan berbisik, tak boleh jadi ni......tunggulah kau semut aku tanya Pakcik Google sekali lagi.....
0 comments:
Post a Comment