Kelopak berlapis
Bunga purple/putih
Gambar diambil di nursery bunga. Entri sesuai lepas Chinese New Year. Chrysanthemums ingatkan aku tentang arwah Mak Usu, Amoi dan jambangan bunga kekwa di meja. Aku minat tumbuhan mungkin kerana terikut-ikut Mak Usu yang sangat suka pokok bunga. Dalam hal ini dia memang bossy, apa yang dikatanya mesti jadi dan mesti dapat. Kerjanya cari pokok, biji benih atau keratan batang sekeliling kampung (mana ada nurseri bunga). Akulah yang kena menanamnya. Kemudian halaman mesti tip top bersih, tak ada daun getah dan bawah rumah disapu licin (rumah kayu dengan tiang). Aku juga yang jadi kuli. Salah satu bunga yang digilakannya ialah 'mums' aka kekwa di kampungku. Agaknya dia tengok gambar kekwa menghiasi kalender yang kami dapat dari kedai runcit di setiap akhir tahun.
Dulu nak dapat benih bukan mudah kerana yang menanam hanya orang China. Kebetulan di kampungku ada tiga keluarga China yang jadi peraih getah keping. Mereka ada garden kecil di hadapan rumah dan menanam pokok delima serta pelbagai jenis pokok herba. Kebanyakan bunga dipetik untuk diletak di depan tokong. Anak China yang aku gelar Amoi selalu naik bas untuk ke sekolah dengan aku walaupun sekolah kami berlainan. Kami jarang bertegur hanya pakai angguk dan senyum-senyum saja. Dia tak fasih BM, aku tak tau BC dan nak berBI lagi malu.
Akhirnya Mak Usu dapat anak pokok mums setelah dia mengajar Amoi mengait alas meja dari benang bulu. Ketika itu hanya ada mums berwarna kuning dan bunganya sebesar duit syiling 50 sen. Aku yang kena menanam pokok tu tak pernah lupa bau daun pokok mums tersebut. Bila dapat sedikit bunga Mak Usu nak pula jambangan bunga di atas meja. Aku juga yang kena menyusunnya bersama daun paku berdaun halus dalam botol jem. Hati berdetik dan berbisik.........senangnya nak dapat mums sekarang ni tapi tak tergerak pula hati nak membeli walau seikat kerana sebak mengingat kenangan lama.
0 comments:
Post a Comment