Thursday, February 27, 2014

Maafkanlah, maafkanlah

 African Daisy
African daisy
Petunia,
macam bunga kangkong
 Petunia pink
Kelopak dwiwarna
Diam tak diam sudah empat tahun rupanya aku dalam tulis menulis ni. Mulanya teruja ada blog, teruja nak kongsi cerita dan gambar yang tersimpan. Sanggup sengkang mata tulis entri dan satu aktiviti penting setiap hari termasuk blog walking. Bila blog-walking lagi kagum blog orang ada follower beratus dan beribu. Agaknya macamana nak bagi orang suka blog aku?. Lama-lama faham le: aku follow, engkau pun follow. meriahlah ikon follower dan rasa macam orang suka blog kita.

Rupa-rupanya masa membuktikan bahawa blog aku hanya ketahap suam-suam kuku. Memang tak femes. En K kata, udah-udah le tu. Maknanya kena kurangkanlah perasan. Tulislah dengan ikhlas dan untuk kepuasan sendiri. Lagi ramai yang ikut lebih berat t/jawabnya. Iye ke? Yang ditulis tu nanti akan disoal di akhirat............Harapan aku, semoga ada faedah bagi orang yang datang melawat. 

Di sini tuan blog nak minta maaf banyak-banyak pada yang membaca. Apa yang ditulis ada luahan hati kisah yang memang betul terjadi iaitu nostalgia masa di kampung. Ramai yang tua sudah kembali ke rahmatullah dan kampung pun banyak berubah. Ada tulisan yang dipetik dari bahan bacaan sana sini agar yang baik dapat dikongsi bersama. Followers? Biarlah ikon tu sebagai tanda suatu masa dulu seseorang pernah singgah di sini.

Setahun senyap rasa malas menulis, jengok blog sekali sekala dan masa dihabiskan menyulam. Duduk juga denpan komputer tapi banyak mendengar. Kekadang buka  youtube gardening, travel dan talk. Sekarang ni kurang menyulam tapi suka  berkebun pulak. Tak tahan tengok tomato dan sayur hijau yang orang tanam. Orkid yang ada tu maintain aje, selalu ke pasar tani beli bijibenih dan baja.  Orang kata tengah bersemangat untuk menghijaukan bumi.

Hati berdetik, air bah sekali pasir berubah. banyak perkara nak dipelajari, ilmu kena cari, tapi biarlah yang bermanfaat. Tak gitu Cik Minah?

0 comments:

Post a Comment