Tuesday, February 4, 2014

Orkid Yang Upside-Down

 Daun mula kuning
 Hilang daun
 Kuntum pada batang
Bunga purple
Cantik dan wangi
Bunga, close up

Sudah puas rasanya menanam pokok orkid yang tumbuh tegak ke atas samada dari jenis monopodial atau sympodial. Sekarang ni aku berkenan pulak dengan orkid yang tumbuh upside down apalagi bila tengok gambar di internet bila ada yang seperdu punya berpuluh batang pokok (canes). Semuanya tanpa sehelai daun tapi penuh sarat dengan bunga yang sedang kembang. Bukan ditanam dalam pasu di rumah kaca tapi selamba terlekat di dahan pokok. Langsung tak payah dimanja-manja. Pak Google kata orkid jenis ni perlu dibaja enam bulan sekali.Pada aku ini salah satu ciri orkid idaman. 

Bila melawat beberapa gerai orkid di Expo RTC Gopeng ada nampak pelbagai orkid jenis ni. Bila dibanding-banding harga, semakin kecil jenisnya semakin tinggi pula harganya. Aku yang lebih suka jenis yang keluarkan showy flowers beli dua anak pokok tersebut. Sebelum ni aku hanya ada dua perdu kecil orkid jenis ni. Pokok orkid yang dibeli beberapa tahun lalu tumbuh elok setelah dilekap pada dahan rambutan. Canes yang matang akan hilang semua daun, lepas tu kuntum akan keluar pada setiap ruas.  Bunganya tak banyak tapi cukuplah buat hati gembira dan bersyukur. Bunganya berwarna purple dan namanya Dend. anosum violacea. 

Seperdu lagi yang disebelah rumpun pertama berbunga juga beberapa bulan kemudian. Bunganya warna putih (alba) dan berbau kuat. Boleh diberi sepuluh bintang kerana keindahannya.  Tak rugi aku melabur lagi pada dua pokok orkid cantik ni semasa melawat RTC tempoh hari. Hati berdetik dan berbisik........bukan payah sangat, lekap saja orkid pada dahan pokok, doa dan sabar sikit menunggu.

0 comments:

Post a Comment