Dua gambar diambil di nursery bunga. Pokok ini dinamakan 'Crown of Thorns' bersempena batangnya yang dipenuhi dengan duri tirus dan panjang. Pokok yang mempunyai bunga dan batang yang lebih besar dinamakan Euphorbia nerifolia manakala sejenis lagi yang mana bunga dan batangnya kecil sedikit dinamakan E. milli splendens.
Pokok bunga ni banyak di tanam di dalam pasu dan di halaman rumah di kampung-kampung kerana pembiakannya hanya menggunakan tampang. Dulu hanya ada pokok yang berbunga kecil tetapi kini pokok berbunga besar semakin diminati hingga banyak dijual. Warna bunganya juga pelbagai iaitu dari putih kehijauan hingga warna oren dan merah menyala.
Getah pokok ini mudah keluar dari tangkai bunga atau daunnya yang dipatahkan. Sayangnya getah ini didapati beracun jika terkena pada kulit dan menyebabkan kulit merengsa kemerahan. Bagi mereka yang berkulit halus terutama kanak-kanak kulit akan kelihatan seperti terkena asid. Jika getah terkena pada mata ia menyebabkan pandangan mata kabur atau buta sementara sekiranya terkena terlalu banyak. Getah pokok yang termakan secara tidak sengaja boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit birit yang teruk.
No comments:
Post a Comment