Wednesday, April 9, 2014

Benarkah Kecewa?

  PLUS sebelum K Kangsar
  Bukit Berapit
 PLUS Gunung Semanggol
 PLUS Gurun
Gunung Jerai

HARAPAN KECEWA

Bila ku kenang  ku renung
Remuk resam rasa tak tertanggung
Harapan bahagia nan membumbung
Kiranya hanyut terapung

Harapan untuk bersama
Mendirikan istana bahagia
Berpadu kasih erat dan setia
Kiranya tak terlaksana

Harapanku kecewa 
Dalam manis madu kata-kata
Pujukan yang hanya dusta
Aku terpedaya

Alam keliling membisu
Tak sepatah kata nan merayu
Hanya aku menanggung duka pilu
Tak seorang pun tahu.
(Ahmad Jais)


Benarkah kecewa? Kenapalah en abang nak pergi dah saat terakhir baru beritau. katanya ini arahan dan dia rela tinggalkan aku, rumah dan kebun yang sedang dikerjakannya untuk berpindah ke utara tanah air. Aku yang mendengar hanya daapt menzip mulut kerana keputusan sudah muktamad Dia tetap pergi.

 Sudah tentu, hanya mulut kata tidak tapi hati saja yang merasa. Apalagi bila orang lain tanya, orang lain SMS, orang lain cakap-cakap.....semua itu memberi bekas di dalam hati. Pada mulanya telan air lior rasa tersekat di kerongkong, mata berkaca menahan sedih. Kemanapun selalu saja teringat, tapi nak buat macamana? 

Ata, nak teroyak bukannya budak. Bak kata Pak Nor yang dah berumur 90 tahun, menitis ayor mata nengok dia pegi.

Ya......memang menitis ayor mata.........


0 comments:

Post a Comment