Tuesday, May 20, 2014
Truth, Reputation And Life
1. Many man's reputation would not know his character if they met on the street. (E Hubbard)
2. There are two ways to live your life,. One is as though nothing is miracle. The other is as though everything is a miracle. (A Einstein)
3. There are two great days in a person's life --- the day we are born and the day we discover why. (W Barclay)
4. All truth passes through three stages; First, it is ridiculed. Second it is violently opposed. Third it is accepted as being self-evident. (A.Schopenhaur)
Labels:
Points to Ponder
Friday, May 16, 2014
Bila Kenal Tv
Daun keladi (nurseri)
Daun keladi (nurseri)
Daun keladi (nurseri)
Daun keladi kampong
Daun keladi 'Rosebud'
Daun keladi (nurseri)
Daun keladi (nurseri)
Daun keladi kampong
Daun keladi 'Rosebud'
Pertama kali aku tengok tv ialah bila diajak abah ke rumah kawannya di bandar Batu Pahat. Yang teringat cuma bintik-bintik, garis hitam putih yang bergerak ketika tuan rumah nak tunjuk sesuatu pada kami. Lama berlalu, baru abah mampu beli tv tapi ada tv saja tak cukup, mesti ada letrik (kampong di zaman gelap). Jadi kalau nak tengok tv kena ada yang nak ke pekan untuk cas bateri. Selalunya Pak Jon yang tolong kami. Dia berbasikal sejauh 5 km dengan membawa bateri diikat di carrier belakang basikal.
Dengan kos 3 ringgit bolehlah menonton tv selama tiga atau empat malam kalau berjimat. Yang paling seronok tengok filem Melayu dan bintang RTM. Biasanya rumah yang ada tv tak boleh tutup pintu sambil menonton sekeluarga. Kena ajak jiran tetangga menonton sama. Lagi meriah bila cuti sekolah kerna kami ramai-ramai kumpul duit upah kutip getah beku, cari sayur kampong atau cabut ubi untuk cas bateri.
Sebelum ada tv di rumah kena pergi ke rumah orang lain bila nak menonton. Naik basikal dekat 2 km pada setiap malam Jumaat dan malam Sabtu hanya nak tonton filem Melayu. Waktu itu tv hanya ada dua saluran saja iaitu RTM Satu dan RTM Dua. Jenuh nak tunggu seminggu penuh baru dapat tengok P Ramlee berlakon. Saluran Dua hanya ada filem Inggeris tapi tak diminati sebab sekampung buta kayu tak faham cakap orang putih.
Tayangan filem ni lambat bermula, kira-kira pukul 11 malam setelah habis rancangan berita dan peristiwa serta iklan yang berjela-jela. Bila tengok tv menumpang di rumah orang kena duduk atas tikar baik-baik. Mana ada makan minum atau ke dapur dan ke tandas. Begitulah setianya menanti. Dan semua orang mula membetulkan sila dan boleh menarik nafas lega bila jeng, jeng, jengggggg.......'Marilah sama-sama kita saksikan filem 'Batu Belah Batu Bertangkup''. Hati berdetik dan berbisik......betullah, penantian satu siksa.
Labels:
Kisah dulu-dulu
Semua Akan Terbongkar
1. "Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingat dengan bersungguh-sungguh. Akan tiba satu masa dimana akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan dibuka. Semuanya tertulis dalam kitab samaada yang kecil atau besar, semuanya akan dihitung." (Hasan Al Basri)
2. Taubat kerana membuat maksiat cukup hanya sekali manakala taubat setelah membuat ketaatan mestilah seribu kali. Ini kerana ketaatan yang disertai oleh ujub dan sombong itu berubah menjadi maksiat yang besar sementara pelakunya tidak sedar. Samalah seperti jatuhnya iblis dari singgahsana kehormatannya. (Abu Yazid Al Bustami)
3. Barangsiapa yang yakin akan hikmah Allah swt dan keadilanNya serta sabar atas qadha dan qadarNya maka ia menjadi imam bagi orang-orang yang bertakwa. (M Al Siba'i)
Labels:
Mutiara jauhari
Sunday, May 4, 2014
Orkid: Jangan Cari Susah
Cattleya (pokok sendiri)
Blc Vida Lee (pokok sendiri)
Phaleonapsis (nurseri orkid)
Vanda (nurseri orkid)
Cattleya (Pokok sendiri)
Bukanlah semua pokok orkid yang aku tanam jadi subur, berbunga dan hidup bertahun-tahun. Banyak juga yang daun dan batangnya jadi perang, kering lalu mati. Kalau orkid phaleonopsis daunnya yang jadi masaalah dan orkid lain kebanyakkannya reput pucuk. Lagilah dimusim hujan, kekadang pokok yang paling sehat terkena dulu. Dua tiga hari tidak menjengah pokok tau-tau ada yang dah kiok. Gambar koleksi lama, antara lima tu dua pokok sudah tinggal pasu saja. Yang tiga lagi kena siram juga setiap hari tapi tidaklah subur sangat apalagi dimusim kemarau ni.
Selain dari baja tahi kambing, baja organik jenis biji dan baja kimia semburan (untuk daun warna hijau, merah untuk bunga) aku tak ada taruk apa-apa. Tak pernah sembur racun kulat atau anti serangga. Sebenarnya aku tak nak orkid aku manja sangat, cukuplah dapat baja seminggu sekali. Lagi lama tak payah buat apa-apa lagi bagus. Mula berorkid dulu lain pulak ceritanya. Seminggu tiga kali membaja tapi sekarang dah dekat tiga bulan baru sekali. Apa nak jadi hang ni...patut le pkok orkid mogok.
Kata Mr C si penjual orkid, kalau pokok terlalu banyak dan kerap dibaja dinding sel daun akan menjadi lemah kerana tumbesaran yang cepat. Terutama baja high N. Mula-mula daun memang nampak hijau, berkilat sebiji macam gambar dalam t'net. Kemudian nampak spot kuning yang halus yang semakin hari semakin membesar. Kalau pokok (Phal) hanya ada 4 helai daun seminggu sekali hilang sehelai, dalam sebulan botaklah ia.
Aku setujulah kalau pokok tak perlu manja dan tidak kerap dibaja. Kerja sikit tapi pokok sehat dan bunga berkembangan (boleh ke gini?
Labels:
orchids
Jahatnya Orang Munafik
Salah satu sifat orang munafik ialah mereka sentiasa menunggu kelalaian orang mukmin. Mereka berada di kalangan orang mukmin dan kaum kafirin hanya untuk mendapat keuntungan. Allah swt berfirman yang bermaksud, "(Itulah) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: 'Bukankah kami (turut berperang) bersama kamu?, dan jika orang-orang kafir mendapat keuntungan (kemenangan) mereka berkata: 'Bukankah kami turut memenangkanmu dan membela kamu dari orang-orang mukmin? Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman." (An Nisa': 141)
Oleh kerana ada orang-orang mukmin yang terpedaya dengan kata-kata manis kaum munafik maka akibatnya ramai umat Islam telah ditimpa malapetaka. Kerosakan lebih besar berlaku jika yang tertipu adalah orang Islam dari golongan pemimpin, para ilmuan dan orang yang berpangkat. Tipudaya orang munafik sangat halus dan mereka disokong oleh individu dan kumpulan yang berpengaruh dan mempunyai sumber kewangan yang kuat. Mereka berusaha bersungguh-sungguh hingga umat Islam menjadi hina dan rosak akidahnya.
Labels:
tazkirah
Tuesday, April 22, 2014
Busuk-busuk Pekasam
Bunga kenanga
Bunga cempaka
Bunga kesidang
Bunga ros
Bunga melur
Rupanya ramai orang yang aku kenal minat makan ikan pekasam tapi senyap macam malu nak mengaku. Rahsia ini hanya terbongkar bila kami makan tengahari bersama di kantin pejabat dan ada ikan pekasam. Lauk ayam goreng, daging kicap dan sambal petai semua tolak ke tepi. Mula-mula bajet nasi sepinggan dan sedikit sayur seorang tapi tanpa disedari pesan lagi dua pinggan nasi extra. Wah! bertambah tambah Cik Minah dan geng (dan aku) makan sampai lupa janji nak diet.
Bila duduk di bandar rumah rapat-rapat jadi agak sukar nak goreng ikan pekasam tanpa disyaki jiran sebelah menyebelah. Tapi nak buat macamana? Cara aku: Mula-mula goreng bawang merah, bawang putih, cili hidup dan halia yang dihiris. Angkat dan kemudian barulah goreng ikan untuk elak minyak kotor dan berkeladak. Semasa menggoreng api jangan terlalu kuat nanti isi ikan tak masak sebab pekasam lembap. Bila sudah garing baru angkat. Tutup kuali kalau nak kurangkan bau semerbaknya.
Ketika di kampung dulu air pekasam ni tidak dibuang bahkan direbus dengan bawang merah dan cili padi. Gunanya untuk mencicah nanas atau belimbing muda. Ada juga orang buat ikan pekasam masak lemak. Bahannya santan pekat, bawang, kunyit hidup dan cili padi yang ditumbuk halus biar terasa kepedasannya.
Dalam banyak ikan, aku rasa pekasam ikan sepat dan ikan puyu yang paling top. Tak kiralah makan dengan nasi panas atau nasi sejuk, guna pinggan Corelle atau upih pinang, di dalam restoren atau di kebun getah. Isinya gebu dan macam 'melting in the mouth'. Hati berdetik dan berbisik.......penangan pekasam, bila dah mula makan memang sukar untuk dilepaskan.
Labels:
Ngundur sikit
Pilihan Yang Berbahaya
1. Pilihan yang mengandungi bahaya hendaklah engkau serahkan kepada Pemillih Agung agar Dia memilih yang baik untukmu. (Abu Muhammad As Sajari)
2. Tinggalkan sifat tamak atau harapan yang tidak baik. (Abu Umar)
3. Barang yang amat berharga di dunia ini ialah ikhlas. Berapa kali aku cuba bersungguh-sungguh untuk menghilangkan riya dari dalam diriku namun tiba-tiba ia menjelma dengan cara yang lain. (Yusuf bin Al Husin Ar Razi)
4. Iman memberikan kita dalam kehidupan ini semua yang sentiasa kita perlukan dari manusia lain seperti amanah, kejujuran, cinta dan hubungan yang baik. (M Al Siba'i)
Labels:
Mutiara jauhari
