Monday, March 3, 2014

Air Oh Air


Air di negeriku
Bekas kolam lombong
Jeram berbatu
Air, oh air
Mengharap mendung

Setiap hari panas, mendung jauh sekali. Air di dapur hanya tinggal untuk minum, memasak dan hal  paling urgent. Bilek air hanya tinggal nama, tangki kering, baldi dan besen sudah bottom up. Lusa baru bekalan sampai. Nak menunggu,  nak berbaris nak mengangkut. Seksa tak ada air. Nenek moyang kata tak apa tak ada api (letrik) jangan tak ada air.

Keadaan macam ni aku dah biasa tempoh ketika di kampung dulu. Orang kampung cakap lepas  Raya Cina mesti kemarau. Air bersih mesti diangkut dalam tin minyak tanah (bersih) dengan basikal. Dalam kampung pun tak ada air paip. Kena beli dari orang yang tinggal di tepi jalan besar. Yang tinggal dalam kampung kena berulang alik mengambil air setiap hari. Air dari perigi dan parit besar yang hampir kering dan berbau busuk kerana daun reput masih berguna.

Syukur, dii Ipoh ni air masih mewah. Lega tengok Sungai Pinji yang merentasi kawasanku masih mengalir walaupun tak deras. Semalam semasa ke KK nampaknya air Sungai Perak masih banyak. Selalunya air sungai ni macam teh tarik. Aku yang  berdiri di tebing sungai teruja memandang air yang jernih kebiruan ala-ala air Sungai Nil  (bile kome ke Mesir?). Kolam lombong sekitar Ipoh belum ketara susut airnya.

Kebetulan di musim kemarau ni tuan blog mula berkebun. Tanam labu, bayam, petola, timun  dan segala aneka. Tak sesuai betul tapi kena teruskan sebab kesian pokok. Semasa  mengarahkan garden hose kesana sini rasa sangat bersalah mengingat saudara kita yang dapat air bercatu. Kesian yang tinggal di rumah pangsa, yang tua dan uzur, yang ada anak kecil, yang berniaga etc. Hati berdetik dan berbisik, kemarau di kampung susah, tapi di bandar lagi susah.

0 comments:

Post a Comment