Phaleonopis
Phal belina
Phaleonopsis
Phaleonopsis
Phaleonopsis
Mula tahun ni tuan orkid rasanya dah kurang gilakan orkid. Kecuali kalau ada orchid show kat depan rumah baru nak pergi, mustahil ada.
Zaman nak bertanam sayur sudah menjelma. Pertama kerana teringat kartun Wallace and
Gromit. Ada giant rabbit, smart mute dog, not very smart boss and
AWESOME vegetable garden. Setiap tahun ada pertandingan giant size vege. Semua sayur, buah dan ubi ditanam, dibelai dan disayang hingga sebesar gergasi.
Kawan di Taiping pula kata bercucuk tanam senang, campak-campak biji
benih, tunggu sikit, kemudian tuai hasil. Pendik kata bila apa yang ditanam menjadi letih nak bersedekah dan menghantar
bendi, terung dan labu ke rumah pada jiran tetangga. Aku yang nak ikut serta
berbudi pada tanah dan handai taulan tak sabar mencari biji benih dan
tapak untuk bertanam.
Nak
bercocok tanam di kawasan rumah dalam bandar tentu ada masaalah.
Pertama tanah yang ada hanya sekangkang kera dan berbatu-batu pulak. Nak
takik depan rumah sebahagian besar sudah bertar dan belakang rumah ada
penyidai kain. Akhirnya boss cuma benarkan meneroka kawasan seluas dua
biji kereta kancil di tepi penyidai. Bertani di bandar kurang
keluar peluh tapi kena banyak keluar duit. Seba serbi kena beli kecuali
ada yang murah hati nak derma atau sponsor.
First
lesson nenek moyang ajar, mesti redha dan tak segan guna tulang empat
kerat. Kena pegang tajak dan cangkul, pencakar dan penyodok. Kecuali nak
tanam sepokok dua dalam pasu dan bekas, kuranglah kerjanya. Kalau nak
serius sikit berkebun patut ada batas-batas dengan tanah gembur dan tapak
menyemai. Sesudah menanam pokok kena disiram selalu, baja kadang-kadang
dan merumput bila perlu. Jangan kesal tapak tangan kasar dan wajah kusam
kena matahari sebab kegumbiraan bila menuai hasil kelak tidak terkata.
Gambar di atas tu semuanya dari nursery orkid. Kata En K jangan susah hati tak dapat bawa balik pokok-pokok tu. Kalau rindu kita datang jengok, lagi pun Mr R lagi pakar jaga orkid ni. Pokok orkid dia bunganya lagi lawa. Rugi kalau pokok yang mahal ni merana kat tangan awak. Hati berdetik dan berbisik, ye le bang.....kan orkid hanya sedap di mata tapi tidak boleh dimakan.
0 comments:
Post a Comment