Monday, March 17, 2014

Berharga Tapi Terbiar

 
Tanah terbiar kosong
Hanya semak samun
Siap dengan kolam
Berpagar tapi semak
Siapa punya tanah ni


Tanah kosong yang melaut-laut ditumbuhi lalang dan semak samun memang senang ditemui. Kekadang dekat benar dengar rumah orang atau ada juga rumah yang hampir ditelan belukar ni. Kenapa tanah tidak dikerjakan? Dibersihkan dan ditanam pokok yang boleh datangkan hasil. Kalau tidak berjual cukuplah untuk makan sendiri. Nenek moyang kata pokok ubi paling senang hidup, baling batangnya dari tingkap Insyallah tumbuh. Tak payah baja dan siram, tak dapat ubi daunnya pun boleh dimakan. Gitu juga pokok keledek dan keladi, tenyeh aje keratan dan anak pokok, tumbuhlah mereka dengan gumbira.

Betullah memelihara habitat asal perlu untuk pelbagai makhluk hidup dan membiak. Kalau ada pilihan tentu serangga seperti kumbang, belalang dan rerama lebih suka pada tumbuhan yang tidak diracun. Selalunya ladang getah dan kelapa sawit, sawah dan kebun sayur guna racun untuk kawal rumpair. Tapi tanah terbiar bukan kes kerana sayangkan ekosistem. Mungkin lebih pada tak sayang tanah. Tak berminat nak bertani, kerja banyak dan terok tapi dapat hasil lambat. Kasihan kita, nasib ada orang lain tanam kalau tidak kena makan daun getah.

Tanah yang tidak dikerjakan merupakan satu pembaziran. Kalau tak mampu boleh kongsi cari modal untuk bertani atau sewakan tanah tersebut agar dapat dimanfaatkan. Banyak hasil tanaman yang ada harga sekarang. Paling senang jagung, pisang, kacang tanah, ubi dan tebu. Orang jual tongkol jagung sementara batang jagung, daun tebu, daun kacang tanah orang angkut berlori-lori untuk makanan ternakan.

Bertahun aku lalu lalang di jalan ini, banyaknya tanah terbiar. Tanya siapa tuannya? Kata orang ini tanah tak ada geran atau tuan tanah sudah meninggal atau waris tak dapat dikesan. Kekadang ada tanah pusaka yang mana adik beradik tak sepakat membangunnya. Sebenarnya kaum kita bukan tak ada tanah tapi tak ramai yang rajin mengurusnya. Nak dijual ada yang tak setuju, nak dipecah terlalu kecil bahagiannya lalu biarlah semua tak dapat. 

Mungkin satu masa nanti generasi yang akan datang tak kenal bertani dan tak sayang pada tanah. Hati berdetik dan berbisik,,,,,dan kita bakal hilang satu lagi hak yang paling berharga.


1 comments:

Unknown said...

Hi! Nama saya Ooi dan saya masih pelajar di UTM. Saya ingin mengetahui yang gambar ketiga yang tanah terbiar yang caption siap dengan kolam tu, di mana gambar ini diambil? Lokasinya dalam bandar ke luar bandar? Sebab saya kena cari tapak sesuai untuk buat final year project saya...terima kasih kerana sudi membantu =)

Post a Comment