Saturday, September 17, 2011

Macamana Kita Dinilai

Rasanya ramai kanak-kanak zaman sekarang tidak peka akan susah payah ibu bapa mencari rezeki. Tidak seperti kanak-kanak dulu pagi petang tengok ibu bapa berlumpur dan berbaju lusuh turun ke sawah atau ke kebun. Di zaman ini ibu bapa smart dan kemas ke tempat kerja.

Tak nampak penat, naik kereta pergi balik kerja dan kekadang ke resort untuk berworkshop dan dinner di hotel. Pada anak-anak kalau kurang duit pergi ATM, kalau mak tak masak beli makanan di kedai dan kalau ibu bapa out station pergi nursery atau baby sitter.

Pendik kata susah nak ajar mereka rasa susah. Kalau balik kampong pun sama juga sebab di rumah atok dan sepupu ada komputer dan Astro. Makan selalu lauk ayam, jadi mereka nak belajar susah dari mana?

Yang merisaukan ialah kalau mereka tak kenal susah macam mana nak rasa simpati dengan orang lain. Tetapi ibu bapa mana nak tengok anak-anak susah tambahan masa kecil dulu sendiri tak merasa senang. Biarlah mereka dapat yang lebih baik, lagipun rezeki mereka.

Ada kalanya bila sudah terbiasa dengan kemewahan mereka lalaikan pelajaran dan belajar kerana nak ganjaran material. Aku cakap perkara ni pada Abah bila dia datang. Abah kata ibu bapa jalankan tanggungjawab, kalau anak-anak berfikiran macam orang dewasa taklah namanya budak-budak, nanti mereka akan lihat dan nilai sendiri apa yang ibu bapa buat.

0 comments:

Post a Comment