Saturday, September 24, 2011

Ada Hikmahnya

Coleus atau ati-ati
Pokok Spiderlilly
Philodendron
Rumpun serai
Cili merah
Pokok pisang katek

Hati siapapun akan kembang bila melangkah ke hotel terutamanya yang banyak bintang kerana dari depan pintu sudah ada yang menyambut dengan senyuman. Tak payah heret beg, tolak pintu atau tercari-cari orang bila hendak menanya sesuatu. Untuk yang lebih duit sambutannya lagi grand iaitu berjalan di carpet merah diiringi paluan kompang, kalungan bunga serta welcome drink. Tapi tak sangka pula bila aku singgah di satu hotel ni, bukan di Langkawi atau Pulau Pangkor, Genting atau Cameron Highlands, kebetulan sambutannya memang lain.

Petang itu setelah check-in di lobby, aku dan K pun menuju ke beberapa bangunan tiga tingkat yang bersambung dengan dining room. Yang bagusnya hotel ni seperti dalam taman, setiap sudut dan koridor ada tanaman berbunga dan tak berbunga; Philodendron, Dracaena, Agalonema, Ixora, Codeum dan lain-lain yang dijaga elok. Tapi ketika kami di salah satu bangunan dan hendak naik ke tingkat tiga air turun di tangga seperti air terjun. Apa hal? Rupanya tangki air di atas bocor kata management dan pekerja sedang repair mana yang rosak. Kami pun menunggu di koridor hingga anak tangga boleh dilalui.

Malam tu air masih ada tapi semakin lama semakin bekurang dan pada tengah malam air tak ada langsung. Ketika subuh air baru ada tapi malangnya yang keluar macam air teh tarik. Nak guna air terpaksa bungkus kepala shower dengan towel hotel yang putih melepak supaya air yang keluar jernih sedikit. Selepas breakfast aku bersiar-siar di belakang hotel dan di sini macam kawasan kebun di kampung; ada pokok buah-buahan, pokok herba, sayuran dan hiasan. Apa lagi aku ambil gambar sakan dan paling menyesal bila bateri habis dan charger tertinggal di rumah. Pak gardenernya (an Indian) yang berbesar hati kerana aku memuji tanamannya sempat memberiku serumpun orkid Dendrochillum. Hati berdetik dan berbisik; walaupun hotel ini luarbiasa sambutannya atau kurang bintangnya namun terbukti lebih banyak manfaatnya

0 comments:

Post a Comment