Lebuhraya dari selatan
Ketika tinggal di kampung yang bertanah pamah, jika hendak melihat bukit bukau terpaksalah menempuh perjalanan sejauh 15 km. Itu pun hanya beberapa bukit kecil sahaja dan di puncak salah sebuah bukit tersebut terletak istana hinggap. Sampai sekarang pun kalau ada pilihan aku lebih suka ke tempat yang bergunung ganang dari ke tepi laut. Bukanlah ke tempat setinggi puncak Everest atau Kilimanjaro, cuma tanah tinggi yang sejuk dan nyaman. Yang ada meadow (dengan lembu Friesian hitam-putih yang gemuk sedang meragut rumput), bunga-bunga dan bubbling streams. Pendik kata macam tempat tinggal Heidi di Alps.
Kini walaupun aku tidak tinggal di atas bukit tapi aku boleh melihat bukit-bukit dari setiap penjuru rumah. Kawasan ini mempunyai topografi karst iaitu bukit batu kapur yang unik. Bukit-bukit berbentuk kentang tiada berlereng, beberapa ratus meter tinggi dan mempunyai banyak gua misteri, sungai bawah tanah, stalactites dan stalagmites. Namun tanah di bawah bukit ini sangat subur dan sangat sesuai untuk ditanam dengan pokok buah-buahan terutama pomelo, jambu batu dan sayur-sayuran. Kawasan ini juga terkenal kaya dengan bijih timah.
Pemandangan kawasan berbukit ini sangat indah ketika senja atau awal pagi kerana bayang-bayang dan kabus. Walaupun tidak seindah Guillin di China tapi ia sedikit sebanyak dapat menghibur hati penghuni daerah ini. Paling dekat ialah gua Kek Lek Tong dan Gua Tempurung yang sudah menarik ramai pelancong.
Tapi yang menyedihkan banyak bukit batu kapur ini sudah ditarah, diambil batunya untuk dibuat mar-mar dan simen. Paling menjolok mata di kawasan Simpang Pulai, betul-betul dekat tepi lebuhraya. Habis sebuah demi sebuah bukit hilang dari permukaan bumi. Mungkin suatu hari nanti kawasan ini yang paling awal terpelanting ke udara kerana sudah hilang pasak buminya. Sementara dalam surat khabar ada ditulis, sekiranya paras air laut naik 1 m yang paling awal tenggelam ialah bandar Batu Pahat dan kawasan pinggir pantai Kedah. Aduhai....hati berdetik dan berbisik, telah jelas kerosakan di daratan dan di lautan adalah dari perbuatan tangan manusia sendiri.....

0 comments:
Post a Comment