Cik Pah memang pandai buat duit dan jaga duit. Ada saja idea jana duit untuk kebajikan ahli. Dengan mencarum secara kecilan di kelab yang kami panggil kooperasi kami para ahli dapat meminjam hingga RM 5,000 mengikut banyak simpanan. Ada meminjam untuk bayar deposit beli motor baru, bayar insuran keenderaan, baiki rumah dan lain-lain. Aku pula untuk beli gelang emas bentuk doughnut, dan pada kali kedua beli beg Bonia dan emapt almari untuk letak buku-buku. Kata Cik Pah lagi ramai meminjam lagi bagus walaupun ada orang yang leceh untuk membayar balik hutangnya. Pinjaman ini tidak ada riba, cuma ada servis caj sebanyak RM 20. Penjamin pun senang cari; bila aku pinjam engkau jamin dan lain kali kalau engkau pinjam aku pula yang jamin.
Pendik kata aku pun ada 2 gelang doughnut walaupun aku tak suka memakai emas. Rupanya susah nak simpan benda ni tambahan sekali sekala di kampungku ada saja rumah yang dimasuki pencuri. Ada yang hilang barang kemas, tabung anak-anak dan hand set. Jadi kat mana nak simpan doughnut berharga? Nak beli safe tak berbaloi kerana gelang hanya ada dua ketul dan penyamun ni pun boleh angkat safe dan isinya sekali. Dulu-dulu nenek moyang sorok barang kemas dalam tong beras, lipatan kain atau gulungan tikar. Takkan aku nak ikut cara mereka jugak kot...NO..no. Teringakat lagu P Ramlee; wahai gelang gelang suasa, membuatkan hidup terseksa.
Sekarang Cik Pah sudah jadi agent jual emas pula. Katanya lagi untung beli emas dari melabur dalam saham kerana harga emas perak tak pernah turun malahan naik memanjang. Mendengar perkataan untung ni memang seronok dan aku pun tengok-tengok kot-kot ada duit yang terperam dan terlepas mata memandang. Dalam Al Quran Allah swt meletakkan emas dan perak di ranking pertengahan dari perkara yang dihajati dan harta yang dicintai manusia. Ranking pertama wanita kemudian anak-anak. Lepas itu emas dan perak, baru kuda pilihan, kebun serta ladang dan akhir binatang ternak.
Apapun kalau sudah ada emas walau hanya setebal janggut udang misalnya, jangan lupa bayar zakat atau lupa daratan. Seperti gambar di atas, antara api, tanah dan pantulan cahaya matahari pada lori tangki semuanya warna keemasan. Ada yang yang lebih kekal seperti tanah dan ada yang bertahan hanya beberapa saat saja. Sesungguhnya hidup di dunia cuma sementara dan nikmat boleh hilang dalam sekelip mata, harta yang menimbun tidak menajamin masa depan di akirat. Hati berdetik dan berbisik, semoga yang dikumpul dan dicintai di dunia ini tidak menjadi beban yang berat di sana nanti.
0 comments:
Post a Comment