Saturday, September 24, 2011

Ada Hikmahnya

Coleus atau ati-ati
Pokok Spiderlilly
Philodendron
Rumpun serai
Cili merah
Pokok pisang katek

Hati siapapun akan kembang bila melangkah ke hotel terutamanya yang banyak bintang kerana dari depan pintu sudah ada yang menyambut dengan senyuman. Tak payah heret beg, tolak pintu atau tercari-cari orang bila hendak menanya sesuatu. Untuk yang lebih duit sambutannya lagi grand iaitu berjalan di carpet merah diiringi paluan kompang, kalungan bunga serta welcome drink. Tapi tak sangka pula bila aku singgah di satu hotel ni, bukan di Langkawi atau Pulau Pangkor, Genting atau Cameron Highlands, kebetulan sambutannya memang lain.

Petang itu setelah check-in di lobby, aku dan K pun menuju ke beberapa bangunan tiga tingkat yang bersambung dengan dining room. Yang bagusnya hotel ni seperti dalam taman, setiap sudut dan koridor ada tanaman berbunga dan tak berbunga; Philodendron, Dracaena, Agalonema, Ixora, Codeum dan lain-lain yang dijaga elok. Tapi ketika kami di salah satu bangunan dan hendak naik ke tingkat tiga air turun di tangga seperti air terjun. Apa hal? Rupanya tangki air di atas bocor kata management dan pekerja sedang repair mana yang rosak. Kami pun menunggu di koridor hingga anak tangga boleh dilalui.

Malam tu air masih ada tapi semakin lama semakin bekurang dan pada tengah malam air tak ada langsung. Ketika subuh air baru ada tapi malangnya yang keluar macam air teh tarik. Nak guna air terpaksa bungkus kepala shower dengan towel hotel yang putih melepak supaya air yang keluar jernih sedikit. Selepas breakfast aku bersiar-siar di belakang hotel dan di sini macam kawasan kebun di kampung; ada pokok buah-buahan, pokok herba, sayuran dan hiasan. Apa lagi aku ambil gambar sakan dan paling menyesal bila bateri habis dan charger tertinggal di rumah. Pak gardenernya (an Indian) yang berbesar hati kerana aku memuji tanamannya sempat memberiku serumpun orkid Dendrochillum. Hati berdetik dan berbisik; walaupun hotel ini luarbiasa sambutannya atau kurang bintangnya namun terbukti lebih banyak manfaatnya

To Learn, To Think

1. Dignity consists not in possessing honors, but in the consciousness that we deserve them. (Aristotle)

2. A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best thing you can be. (D Pagets)

3. For things we have to learn before we can do them, we learn by doing them. (Aristotle)

4. The fool doth think he is wise, but the wise man knows himself to be a fool. (W Shakespeare)

Saturday, September 17, 2011

Orchids, The Red Indian Said

Pelbagai Phaleonopsis
Phal. kuning
Phal. putih
Mini Cattleya
Mokara keemasan

Wild Orchids

"The flower that walks", the Indian said,
And walking spreads its crown-like roots
Through forest glades and upland dales.

Moccasin flower or Lady's Slipper
It matters not the name
Or if it be white rose or tiny yellow kind
Tis ever rare and wondrous there
This woodland beauty

Bequeathed us from another age
A heritage to guard with care
And cherish for prosperity
That other eyes in future years
May see this Orchid walk the trails
As our native Indian braves
And shy eyed maidens of the tribe.

H M Fleet

Cik Yus menjemput ke open house ofisnya minggu depan. Memang istimewa jamuan di sana kerana makanannya termasuk rendang dan sup daging dari haiwan eksotik dan tentu pula mahal. Biasanya kami di rumah makan lauk ikan kembung tiga empat kali seminggu jadi terasa sangat teruja bila dijamu dengan hidangan begitu. Lazimnya lauk inilah yang habis dulu, orang kita ni pun kalau mengambil bukan sedikit. Tak ingat orang yang kemudian dan masa tu yang berpenyakit tiga serangkai juga hilang pertimbangan. Tak ngapa kata dema, kita makan dulu! Ada juga yang perasan bahawa klinik dan hospital menerima lebih ramai pengunjung selepas hari raya ni.

Ada lagi satu berita gembira dari Cik Yus iaitu Agrofest 2011 confirm akan diadakan pada bulan Disember nanti. Maknanya masih ada masa nak kumpul duit dan pasang angan-angan pokok orkid apa yang nak dibeli. Kekadang tersedak juga bila ada yang peringatkan; cukuplah dengan orkid yang ada. Kameraku yang asyik pamerkan 'lens error' tu pun sudah diganti dengan yang lain. Coolpix, 12 mpixel dan harganya hanya RM 398.00 (rasa sangat beruntung kerana bila survey di beberapa kedai sebelum ini harga kamera yang sama ialah RM RM 499). Hati berdetik dan berbisik,
ape ke halnya setiap tahun menganggkut pokok orkid tetapi yang tinggal kini hanya pasu kosong yang semakin menimbun.

Macamana Kita Dinilai

Rasanya ramai kanak-kanak zaman sekarang tidak peka akan susah payah ibu bapa mencari rezeki. Tidak seperti kanak-kanak dulu pagi petang tengok ibu bapa berlumpur dan berbaju lusuh turun ke sawah atau ke kebun. Di zaman ini ibu bapa smart dan kemas ke tempat kerja.

Tak nampak penat, naik kereta pergi balik kerja dan kekadang ke resort untuk berworkshop dan dinner di hotel. Pada anak-anak kalau kurang duit pergi ATM, kalau mak tak masak beli makanan di kedai dan kalau ibu bapa out station pergi nursery atau baby sitter.

Pendik kata susah nak ajar mereka rasa susah. Kalau balik kampong pun sama juga sebab di rumah atok dan sepupu ada komputer dan Astro. Makan selalu lauk ayam, jadi mereka nak belajar susah dari mana?

Yang merisaukan ialah kalau mereka tak kenal susah macam mana nak rasa simpati dengan orang lain. Tetapi ibu bapa mana nak tengok anak-anak susah tambahan masa kecil dulu sendiri tak merasa senang. Biarlah mereka dapat yang lebih baik, lagipun rezeki mereka.

Ada kalanya bila sudah terbiasa dengan kemewahan mereka lalaikan pelajaran dan belajar kerana nak ganjaran material. Aku cakap perkara ni pada Abah bila dia datang. Abah kata ibu bapa jalankan tanggungjawab, kalau anak-anak berfikiran macam orang dewasa taklah namanya budak-budak, nanti mereka akan lihat dan nilai sendiri apa yang ibu bapa buat.

Thursday, September 15, 2011

Bunga Tasbih

Daun lebar dan hijau
Bunga oren cerah
Bunga warna pink
Bunga kuning dan oren
Buah pokok bunga tasbih

Aku kenal pokok bunga ini sebagai Canna kerana Mrs Singam kata namanya begitu. Jadi banyak bunga tempatan yang digunakan dalam kelas biologi kami sebut spiderlilly, ixora, hibiscus, balsam dan sebagainya. Kalau di kampung selalunya bunga ditanam ikut dann atau minat, tak payah tahu namanya. Cuma mak bidan, bomoh atau pengamal herba tradisional yang hafal dan arif nama serta kegunaan tumbuhan yang ditanam di sekeliling rumah. Ketika di sekolah rendah lagi aku lebih suka tanam orkid jengking dan orkid tulang walaupun kerja rutinku ialah menyiram berbelas pasu pokok bunga kertas dan kaktus kepunyaan Mak Usu.

Rupanya pokok bunga Canna di atas dikenali juga sebagai bunga tasbih. Selain itu ada yang menggelarnya ganyung hutan atau kembang gendang manakala nama saintifiknya Canna indica L, berasal dari India Timur dan Selatan Amerika. Pembiakan tumbuhan ini melalui rhizom atau umbi di bawah tanah. Di Australia umbinya diproses untuk dijadikan tepung (arrow root flour) dan namun biasanya pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan.

Khasiat bunga tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya, samaada yang masih segar atau telah dikeringkan. Ia dipercayai boleh mengubat penyakit darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. Ia juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok bunga tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan meminum air rebusan pokok tasbih pula mampu meredakan buasir.

Never Too Late

1. It never too late to be what you might have been. (G Eliot)

2. We are what we repeatedly do. Excellence then, is not an act, but a habit. (Aristotle)

3. In the middle of difficulty lies opportunity. (A Einstein)

4. Avoiding danger is no safer in the long run than outright exposure. The fearful are caught as often as the bold. (H Keller)

5. We tend to forget that happiness doesn't come as a result of getting something we don't have, but rather of recognizing and appreciating what we do have. (F Koeing)

Saturday, September 10, 2011

Kilauan Emas

Gelang doughnut
Kilauan gelang emas
Pantulan cahaya matahari
di belakang lori tangki

Api sebatang lilin
Tanah di lereng bukit

Cik Pah memang pandai buat duit dan jaga duit. Ada saja idea jana duit untuk kebajikan ahli. Dengan mencarum secara kecilan di kelab yang kami panggil kooperasi kami para ahli dapat meminjam hingga RM 5,000 mengikut banyak simpanan. Ada meminjam untuk bayar deposit beli motor baru, bayar insuran keenderaan, baiki rumah dan lain-lain. Aku pula untuk beli gelang emas bentuk doughnut, dan pada kali kedua beli beg Bonia dan emapt almari untuk letak buku-buku. Kata Cik Pah lagi ramai meminjam lagi bagus walaupun ada orang yang leceh untuk membayar balik hutangnya. Pinjaman ini tidak ada riba, cuma ada servis caj sebanyak RM 20. Penjamin pun senang cari; bila aku pinjam engkau jamin dan lain kali kalau engkau pinjam aku pula yang jamin.

Pendik kata aku pun ada 2 gelang doughnut walaupun aku tak suka memakai emas. Rupanya susah nak simpan benda ni tambahan sekali sekala di kampungku ada saja rumah yang dimasuki pencuri. Ada yang hilang barang kemas, tabung anak-anak dan hand set. Jadi kat mana nak simpan doughnut berharga? Nak beli safe tak berbaloi kerana gelang hanya ada dua ketul dan penyamun ni pun boleh angkat safe dan isinya sekali. Dulu-dulu nenek moyang sorok barang kemas dalam tong beras, lipatan kain atau gulungan tikar. Takkan aku nak ikut cara mereka jugak kot...NO..no. Teringakat lagu P Ramlee; wahai gelang gelang suasa, membuatkan hidup terseksa.

Sekarang Cik Pah sudah jadi agent jual emas pula. Katanya lagi untung beli emas dari melabur dalam saham kerana harga emas perak tak pernah turun malahan naik memanjang. Mendengar perkataan untung ni memang seronok dan aku pun tengok-tengok kot-kot ada duit yang terperam dan terlepas mata memandang. Dalam Al Quran Allah swt meletakkan emas dan perak di ranking pertengahan dari perkara yang dihajati dan harta yang dicintai manusia. Ranking pertama wanita kemudian anak-anak. Lepas itu emas dan perak, baru kuda pilihan, kebun serta ladang dan akhir binatang ternak.

Apapun kalau sudah ada emas walau hanya setebal janggut udang misalnya, jangan lupa bayar zakat atau lupa daratan. Seperti gambar di atas, antara api, tanah dan pantulan cahaya matahari pada lori tangki semuanya warna keemasan. Ada yang yang lebih kekal seperti tanah dan ada yang bertahan hanya beberapa saat saja. Sesungguhnya hidup di dunia cuma sementara dan nikmat boleh hilang dalam sekelip mata, harta yang menimbun tidak menajamin masa depan di akirat. Hati berdetik dan berbisik, semoga yang dikumpul dan dicintai di dunia ini tidak menjadi beban yang berat di sana nanti.

Kematian dan Jenazah

1. Membimbing membaca kalimah tauhid pada orang yang sedang menghadapi saat kematian: Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah kalimat 'la illaha illallah' maka dia akan masuk syurga. (HR Abu Dawud)

2. Memejamkan mata mayat dan berdoa untuknya: Ketika Abu Salamah ra meninggal dunia dan mata beliau terbuka, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya jika roh itu dicabut ia diikuti oleh mata. Kemudian baginda berdoa; Ya Allah ampunkanlah Abu Salamah, angkatlah darjatnya dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, berilah pengganti yang terbaik di keturunannya, ampunkanlah kami dan dia wahai Rabb semesta alam, lapangkanlah baginya kuburnya dan terangilah dia di dalamnya. (HR Muslim)

3. Meletakkan jenazah menghadap kiblat: Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Barra bin Ma'rurr pernah berwasiat minta dihadapkan ke arah kiblat jika datang ajalnya kerana Rasullah saw bersabda: Hal yang seperti itu sesuai dengan fitrah. (HR Hakim, Baihaqi)

Tuesday, September 6, 2011

Dikelilingi Batu Kapur

Taman di Kek Lok Tong
Dalam gua batu kapur
Dekat taman perumahan
Lebuhraya dari utara
Lebuhraya dari selatan

Ketika tinggal di kampung yang bertanah pamah, jika hendak melihat bukit bukau terpaksalah menempuh perjalanan sejauh 15 km. Itu pun hanya beberapa bukit kecil sahaja dan di puncak salah sebuah bukit tersebut terletak istana hinggap. Sampai sekarang pun kalau ada pilihan aku lebih suka ke tempat yang bergunung ganang dari ke tepi laut. Bukanlah ke tempat setinggi puncak Everest atau Kilimanjaro, cuma tanah tinggi yang sejuk dan nyaman. Yang ada meadow (dengan lembu Friesian hitam-putih yang gemuk sedang meragut rumput), bunga-bunga dan bubbling streams. Pendik kata macam tempat tinggal Heidi di Alps.

Kini walaupun aku tidak tinggal di atas bukit tapi aku boleh melihat bukit-bukit dari setiap penjuru rumah. Kawasan ini mempunyai topografi karst iaitu bukit batu kapur yang unik. Bukit-bukit berbentuk kentang tiada berlereng, beberapa ratus meter tinggi dan mempunyai banyak gua misteri, sungai bawah tanah, stalactites dan stalagmites. Namun tanah di bawah bukit ini sangat subur dan sangat sesuai untuk ditanam dengan pokok buah-buahan terutama pomelo, jambu batu dan sayur-sayuran. Kawasan ini juga terkenal kaya dengan bijih timah.

Pemandangan kawasan berbukit ini sangat indah ketika senja atau awal pagi kerana bayang-bayang dan kabus. Walaupun tidak seindah Guillin di China tapi ia sedikit sebanyak dapat menghibur hati penghuni daerah ini.
Paling dekat ialah gua Kek Lek Tong dan Gua Tempurung yang sudah menarik ramai pelancong.

Tapi yang menyedihkan banyak bukit batu kapur ini sudah ditarah, diambil batunya untuk dibuat mar-mar dan simen. Paling menjolok mata di kawasan Simpang Pulai, betul-betul dekat tepi lebuhraya. Habis sebuah demi sebuah bukit hilang dari permukaan bumi. Mungkin suatu hari nanti
kawasan ini yang paling awal terpelanting ke udara kerana sudah hilang pasak buminya. Sementara dalam surat khabar ada ditulis, sekiranya paras air laut naik 1 m yang paling awal tenggelam ialah bandar Batu Pahat dan kawasan pinggir pantai Kedah. Aduhai....hati berdetik dan berbisik, telah jelas kerosakan di daratan dan di lautan adalah dari perbuatan tangan manusia sendiri.....

Destinasi Terakhir Kita

Sesungguhnya syarat-syarat untuk masuk ke syurga amat ketat. Seseorang mesti beriman, beribadat, beramal soleh dan melakukan perbuatan berat seperti berjihad, sedekah dan menolong sesama manusia dengan ikhlas kerana Allah swt semata-mata.

Sebaliknya untuk ke neraka manusia tidak perlu bersusah payah malahan cukup dengan melakukan perkara yang disenangi dan menggembirakan seperti berpoya-poya dalam maksiat dan berbuat zalim.

Anas bin Malik ra berkata ketika hendak mendirikan solat Rasulullah saw bersabda kepada orang ramai iaitu: Hai manusia! Aku adalah imammu, jangan kamu mendahului aku dalam rukuk dan sujud, jangan kamu angkatkan kepalamu sebelum aku mengangkat kepalaku, aku dapat melihat orang-orang yang berada dibelakangku.

Dan demi Tuhan yang memegang jiwaku, kalau kamu dapat melihat apa yang aku lihat, kamu akan tertawa sedikit dan banyak menangis. Lalu orang ramai bertanya: Apakah yang engkau lihat, ya Rasulullah? Baginda menjawab: Aku melihat syurga dan neraka. (HR Muslim).

Hadis tersebut menunjukkan bahawa syurga dan neraka sudah ada tersedia sekarang ini. Iannya telah disaksikan sendiri oleh Rasulullah saw sewaktu baginda Isra' dan Mi'raj seribu empat ratus tahun dahulu. Sesungguhnya keduanya sudah sedia menanti penghuninya iaitu jin dan manusia yang akan mengisinya kelak.