Monday, March 29, 2010

Dekati Syurga Jauhi Neraka

Dari Muaz bin Jabal ra berkata: Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka.

Jawab Nabi saw: Sebenarnya engkau telah betanya suatu perkara yang besar, dan sesungguh-nya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah swt; iaitu hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Nabi saw bersabda lagi: Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?

Aku menjawab: Mahu, ya Rasulullah.

Sabda baginda: Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad.

Kemudian Nabi saw bersabda lagi: Mahukah engkau aku khabarkan akan kunci kepada semua perkara ini?

Aku menjawab: Mahu, ya Rasulullah.

Lalu baginda memegang lidahnya sambil bersabda: Awas, jaga ini baik-baik.

Aku bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?

Baginda lalu menjawab: Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur kata mereka).

(Koleksi hadis yang disusun oleh Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba'in)

0 comments:

Post a Comment