Monday, March 8, 2010

Kunci Syurga dan Kotoran Dosa

Orang yang akan masuk syurga ialah orang yang memiliki tauhid kerana tauhid adalah kunci syurga. Namun orang yang membawa kunci tetapi tiada gigi-giginya tidak akan berjaya membuka pintu tersebut.

Adapun gigi kunci ialah bermacam jenis ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji serta ibadah umum seperti menyeru maaruf dan mencegah mungkar, membina keluarga, berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya.

Hamba yang mempunyai tauhid dapat membentuk gigi-gigi kunci dengan melaksanakan segala perintah Allah swt dengan ikhlas. Walaupun ia mempunyai kunci yang sempurna sekiranya dia masih berdosa maka dia belum boleh masuk ke syurga sehingga ia bersih dan suci.

Oleh itu dia akan di masukkan ke dalam neraka terlebih dahulu untuk menghilang-kan kekotoran dosa tersebut. Setelah bersih barulah dia akan di bawa ke syurga iaitu tempat tinggal orang-orang baik dan yang diredhai Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud, "(Itulah) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan kepada mereka 'Salamun 'alaikum', masuklah kalian ke dalam syurga ini disebabkan apa yang telah kalian kerjakan." (An Nahl: 32).

0 comments:

Post a Comment