Friday, March 19, 2010

Salahnya Pinjam Meminjam

Orang kata bila nak meminjam mulut manis umpama gula, bila nak pulangkan mulut pahit macam mengkudu. Bukan fasal pinjam duit keana perkara ni lagi serius. Berapa ramai orang sengsara asyik diburu bank dan tercedera diseksa Along hingga pekerjaan hilang, harta benda rosak dan rumah tangga porak poranda.

Cerita ni tentang pinjam meminjam barang; contohnya sebilah pisau, sebatang pen, pinggan mangkuk atau sebatang cangkul. Biasalah adat budaya kita, kalau nak tubuh kooperasi pun agenda yang pertama....pinjam meminjam, .... etc...etc.

Tercari-cari buku sebab nak refer satu perkara. Sangka dah hilang; baru teringat sudah bagi pinjam pada orang, tapi siapa ya?? Samalah keadaannya dengan buku mengait, novel atau buku agama, banyak yang tak balik.

Ada juga cadang nak tulis nama peminjam dan tarikh pinjam tapi segan orang kata cerewet. Malangnya ramai tak sedar ada simpan barang orang. Kita faham kadang-kadang bukan sengaja tak mahu pulangkan atau ada niat nak ambil terus. Cuma sikap kurang peka, tak prihatin, suka bertangguh dan rasa tak apa-apa??

Nampak remeh tapi susah juga kalau dah bertahun-tahun menyimpan hak orang, malu alah nak beritahu yang ini barang dia yang dipinjam masa zaman tok kadok dulu.

0 comments:

Post a Comment