Sunday, August 1, 2010

Begonia Atau Asam Batu

Begonia boweri 'Eyelash begonia'
B. rex 'Merry Christmas'
B. rex 'Her Majesty'

B. rex 'Silver Queen'

Gambar diambil di nursery bunga. Begonia atau asam batu ialah tanaman hiasan yang disukai kerana dunnya yang bewarna dan berbentuk hati. Ada orang menggelarnya pokok 'asam batu' mungkin kerana bunga dari sejenis begonia yang berasa sangat masam bila dimakan.

Ia mudah ditanam dan perlukan tempat yang tidak terlalu panas. Tanah gembur yang tidak menakung air sangat sesuai kerana begonia perlu kerap disiram. Daun dan batangnya yang lembut tidak boleh kekurangan air dalam jangka masa yang lama.

Begonia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang berbunga dan tidak berbunga. Ada beberapa jenis begonia namun yang paling popular ialah Begonia rex kerana daunnya yang sangat menarik. Pokok boleh dibiakkan dengan menyemai keratan daun atau tampang pada tanah untuk semaian.

Kumpulan begonia berbunga dibahagikan kepada dua iaitu pokok berbatang tegak dan terjuntai (trailaing). Begonia berbatang tegak mempunyai daun bentuk hati, memanjang dan berwarna hijau dengan jambak bunga kemerahan. Ia juga begonia yang biasa dilihat di negara ini.
Pokok boleh dibiak melalui keratan tampang sahaja.

0 comments:

Post a Comment