Sunday, August 1, 2010

Belimbing Buluh

Pokok belimbing buluh
Bunga belimbing buluh

Buah belimbing buluh

Gambar diambil di Sg Siput dan Seremban. Nama saintifik belimbing buluh ialah Averheoa bilimbi dan ada yang menggelarnya asam wuluh. Daun, bunga dan buah pokok ini sangat berguna bagi masyarakat kita. Daunnya yang digiling halus dan dilumur dapat menghilangkan jerawat, melembutkan kulit muka, melegakan sakit sendi dan menghilangkan panau.

Air rebusan daun juga digunakan untuk mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Bayi yang baru lahir dan mengidap penyakit kuning boleh dimandikan dengan air rebusan ini untuk memulihkannya.

Bunga belimbing buluh digunakan untuk melegakan batuk dengan mencampurnya dengan jus pegaga, dua biji bawang merah hiris dan sedikit kulit kayu manis. Rebus semua ramuan, tapis dan minum airnya bersama sedikit madu lebah, 3 kali sehari.

Selain menambah perisa pada masakan buah belimbing dijadikan penawar penyakit darah tinggi. Ambil tiga tigga biji belimbing, potong kecil-kecil dan rebus. Minum airnya setiap hari selepas sarapan pagi.

0 comments:

Post a Comment