Sunday, August 1, 2010

Patut Tiada Masaalah

1. Adalah tidak munasabah sebuah negara yang mempunyai wahyu Allah akan duduk atau berada di dalam penderitaan, akan ditindas oleh pihak-pihak lain, akan disepak ke kiri dan ke kanan atau akan diikat lehernya serta dicucuk hidungnya dan dibawa ke arah mana sahaja oleh pihak-pihak lain. Sesebuah negara akan mengalami keadaan ini apabila ia berlaku tidak adil (zalim) terhadap wahyu Allah. (Abul A'la Al Maududi)

2. Ingatlah kepincangan yang ada pada setiap diri kita semua. Kita minta umat Islam bekerja sedangkan kita berehat lega, kita menasihatkan mereka supaya menderma sedangkan kita bakhil kedekut dan kita mahukan mereka berkorban sedangkan kita menjadi permerhati semata-mata. (Yusof Al Qardhawi)

3. Kebanyakan masaalah dan pertikaian yang terjadi diantara manusia adalah disebabkan oleh hawa nafsu dan sifat tamak. (M Al Siba'i)

1 comments:

ms.GrEEn said...

nice thoughts!

Post a Comment