Sunday, August 1, 2010

Dijangkiti Penyakit Orkid

Mokara
Aranda
Pelbagai orkid digabung

Dua gambar di atas diambil di rumah adik. Ketika balik kampung aku tengok adik pun dah mula suka orkid jenis monopodial walaupun tidak suka menanmnya. Cara dia mudah saja, beli beberapa pasu pokok orkid Mokara dan Aranda setinggi 0.5 m yang sudah berbunga. Tiba di rumah masukkan pasu dalam slot dibuat dari batu bata di tepi pagar, tutup pasu-pasu dengan batu kecil, petang siram sekali.

Gambar bawah di ambil di nursery bunga. Kalau pelbagai jenis orkid sudah disusun, ramai yang tertarik dan teringin hendak menanam orkid. Tambahan orkid tak perlu kawasan yang luas sebab daunnya tidak mengembang dan boleh ditanam dalam pasu yang boleh dialih. Lagi pun tidak banyak daun gugur yang membuat halaman comot.

Bunga orkid yang merah terang tu namanya Renanthera, tangkai bunga banyak cabang jadi bunga nampak lebat. Yang berwarna oren dan terletak di tengah ialah Mokara. Bunga berwarna purple dan pink muda, bersaiz lebih besar dan di atur sedikit ke belakang ialah Vanda.

0 comments:

Post a Comment