Makan dan minum merupakan keperluan asas dalam hidup manusia dan kesihatan badan tidak dapat bertahan lama tanpanya. Kerana makan minum ada orang yang mulanya beriman menjadi kufur kerana tidak dapat menahan lapar.
Akan tetapi dalam keadaan darurat seorang Muslim dibenarkan memakan sekadarnya sesuatu yang asalnya haram untuk menyambung nyawa. Oleh itu makanan yang cukup dari pendapatan yang memadai dan adalah satu nikmat yang mesti disyukuri.
Seorang miskin dan selalu lapar merupakan manusia yang malang. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw selalu berdoa: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari lapar kerana ia adalah teman tidur yang paling buruk. (HR Abu Dawud, An Nasa'i, Ibnu Majah).
Untuk makan minumnya seorang Muslim dituntut mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh untuk diri dan keluarganya. Lebih baik lagi jika dia ada pendapatan yang lebih sehingga boleh membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan barangsiapa yang dipelihara dari tabiat bakhilnya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. " (Al Hasyr: 9)

0 comments:
Post a Comment