Sebenarnya aku mengingatkan diri, kemanakah hati akan diletak ketika meniti Ramadhan nanti.....
Aku perlu mengingatkan diri bahawa bulan Ramadhan merupakan peluang paling besar bagi orang-orang yang beriman untuk mensucikan diri dan kembali ke jalanNya. Mencari ruang dan kesempatan untuk merebut segala hadiah atau offer dari Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Hadiah dari Rabb kepada hambaNya yang menyerah diri dan berusaha.
Dalam sepuluh hari pertama ialah rahmat Allah swt, sepuluh hari di pertengahannya ialah keampunan Allah swt dan di sepuluh hari terakhir ialah dijauhkan dari api neraka. Kemuncak Ramadhan terdapat pada satu malam di antara sepuluh malam terakhir yang mana ibadah seseorang boleh menyamai seribu bulan atau 83 tahun.
Aku ingin masuk ke gerbang Ramadhan kali ini dengan hati yang penuh harap untuk mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah swt. Seterusnya aku keluar dari pintu Ramadhan kelak dengan rasa puas kerana telah berusaha melakukan sebaik amalan.
Para sahabat Rasulullah saw gembira menyambut kedatangan Ramadhan kerana keberkahan bulan itu dan bersedih ketika ia meninggalkan mereka. Apakah diterima semua amalan dan apakah dapat bertemu Ramadhan di tahun hadapan? Di zaman ini orang lebih bersedia untuk berhari raya walau belum melalui Ramadhan.
Akhir sekali ada yang mengingatkan sesudah bersusah payah selama sebulan, janganlah pula dirosakkan pahala seluruh Ramadhan itu ketika beraya sehari......

2 comments:
ahlan wasahlan ya ramadhan allahumma barakhlana ala jaa ramadhan
Gerbang perkawenanku 2 ramadhan. Amin. selamat berpuasa tuk awak.
Post a Comment