Showing posts with label orchids. Show all posts
Showing posts with label orchids. Show all posts

Sunday, May 7, 2017

Seadanya: Spotted Vanda


Vanda merah
Vanda purple
Vanda kuning
Vanda purple

 Lama dah tak menulis....gambar yang telah ditempek mungkin dua tahun lepas tapi tidak dipos rupanya masih ada. Hampir terlupa pass word. Aduhai,,,, Apapun syukur pada Allah yang masih memberi peluang untuk meneruskan sedikit catatan yang dapat dikongsi dengan teman.

Orkid vanda yang pernah juga aku tanam tapi kini semua tinggal kenangan. Masa beli memang segar bugar bunganya. hijau berkilat daunnya. Tapi lima enam bulan kemudian mulalah daunnya kuning satu persatu. Akhirnya tinggal batangnya dan pasunya saja. Itulah yang terjadi pada semua pokok orkid vanda yang aku beli samaada di Agrofest, MAHA atau nurseri.

Betul juga kata en suami.... tak payahlah beli pokok-pokok orkid ni, Biar saja di nurseri, bila teringat kita pergi tengok. Dia orang lagi pandai jaga, pokok pun tak sengsara. Maksud en suami ialah jangan membazir duit. Tapi amabik gambar banyak tak apa, free.... hehehe

Friday, April 10, 2015

Sayang orkid Tinggal-tinggalkan






(Gambar orkid Dendrobium mini yang diambil di Agrofest Sungai Siput, dipondok orkidku dan di pasar tani)


Bila En K diarah bekerja di utara tanahair maka aku pun mengikutlah. Tinggallah pokok-pokok  yang disayang dan dijaga selama ini di Perak. Nak dibawa perahu sempit, nak ditinggal tak sampai hati. Beginilah kehidupan, semakin banyak yang disayang semakin susah hendak berpisah. Di utara kenalah duduk di rumah sewa, kawasan nak bercuck tanam tak ada kerana semuanya tanah bendang orang punya. Malah tempat nak mengantung orkid pun tak ada. Tapi sebenarnya aku yang malas nak berangkut.....

Ramai yang tanya orkid semuanya tinggal? Ada yang tawarkan diri nak jadi mak angkat pada orkid aku. Elok tak usah. Mana tahu mak angkat jatuh hati dan berkenan. Tentu aku malu alah bila nak ambik balik apalagi kalau orkid tu lebih subur di tangannya. Insyallah, ada air hujan walaupun tak dibaja setiap minggu. Rupanya sejak aku berulang alik antara rumah sendiri dan rumah sewa banyak pokok orkid yang mati. Ada yang kering, dililit pokok letup dan kekacang terutama yang dekat dengan pagar. Yang kelakar pun ada. Sepasu orkid dancing lady ada sarang burung di dalamnya. Nak tunjuk berapa lama pondok orkidku tidak dijengah dan dipeduli.

Bila aku dah kurang tumpuan pada orkid kenalan lain pulak yang semakin mengemarinya. Kalau dulu aku yang beriya  ambil tahu kat mana ada ekspo orkid, pertandingan dan sale kini dia pula yang tolong peringat. Dari ceritanya koleksinya kini lebih banyak jenisnya dan tak kurang orkid mahal.  Itu belum lagi yang dicari dan terjumpa di kebun getah, kelapa dan belukar. Hati berdetik dan berbisik.....sebiji macam perangai aku dulu, membujur lalu melintang patah iaitu pantang jumpa habis disapu.






Sunday, May 4, 2014

Orkid: Jangan Cari Susah

 Cattleya (pokok sendiri)
 Blc Vida Lee (pokok sendiri)
 Phaleonapsis (nurseri orkid)
 Vanda (nurseri orkid)
Cattleya (Pokok sendiri)

Bukanlah semua pokok orkid yang aku tanam jadi subur, berbunga dan hidup bertahun-tahun. Banyak juga yang daun dan batangnya jadi perang, kering lalu mati. Kalau orkid phaleonopsis daunnya yang jadi masaalah dan orkid lain kebanyakkannya reput pucuk. Lagilah dimusim hujan, kekadang pokok yang paling sehat terkena dulu. Dua tiga hari tidak menjengah pokok tau-tau ada yang dah kiok. Gambar koleksi lama, antara lima tu dua pokok sudah tinggal pasu saja. Yang tiga lagi kena siram juga setiap hari tapi tidaklah subur sangat apalagi dimusim kemarau ni.

Selain dari baja tahi kambing, baja organik jenis biji dan baja kimia semburan (untuk daun warna hijau, merah untuk bunga) aku tak ada taruk apa-apa. Tak pernah sembur racun kulat atau anti serangga. Sebenarnya aku tak nak orkid aku manja sangat, cukuplah dapat baja seminggu sekali. Lagi lama tak payah buat apa-apa lagi bagus. Mula berorkid dulu lain pulak ceritanya. Seminggu tiga kali membaja tapi sekarang dah dekat tiga bulan baru sekali. Apa nak jadi hang ni...patut le pkok orkid mogok.

Kata Mr C si penjual orkid, kalau pokok terlalu banyak dan kerap dibaja dinding sel daun akan menjadi lemah kerana tumbesaran yang cepat. Terutama baja high N. Mula-mula daun memang nampak hijau, berkilat sebiji macam gambar dalam t'net. Kemudian nampak spot kuning yang halus yang semakin hari semakin membesar. Kalau pokok (Phal) hanya ada 4 helai daun seminggu sekali hilang sehelai, dalam sebulan botaklah ia.

Aku setujulah kalau pokok tak perlu manja dan tidak kerap dibaja. Kerja sikit tapi pokok sehat dan bunga berkembangan (boleh ke gini?). Hati berdetik dan berbisik,........ mulanya tanam orkid ni nak hilangkan stress bukan tambah stress memikirkan causes of root and leaf rot serta jadual ubat-ubatan.

Friday, March 14, 2014

Kurang Gila Orkid


Phaleonopis
Phal belina
Phaleonopsis
Phaleonopsis
Phaleonopsis

Mula tahun ni tuan orkid rasanya dah kurang gilakan orkid. Kecuali kalau ada orchid show kat depan rumah baru nak pergi, mustahil ada. Zaman nak bertanam sayur sudah menjelma. Pertama kerana teringat kartun Wallace and Gromit. Ada giant rabbit, smart mute dog, not very smart boss and AWESOME vegetable garden. Setiap tahun ada  pertandingan giant size vege. Semua sayur, buah dan ubi ditanam, dibelai dan disayang hingga sebesar gergasi. 

Kawan di Taiping pula kata bercucuk tanam  senang, campak-campak biji benih, tunggu sikit, kemudian tuai hasil. Pendik kata bila apa yang ditanam menjadi letih nak bersedekah dan menghantar bendi, terung dan labu ke rumah pada jiran tetangga. Aku yang nak ikut serta berbudi pada tanah dan handai taulan tak sabar mencari biji benih dan tapak untuk bertanam.

Nak bercocok tanam di kawasan rumah dalam bandar tentu ada masaalah. Pertama tanah yang ada hanya sekangkang kera dan berbatu-batu pulak. Nak takik depan rumah sebahagian besar sudah bertar dan belakang rumah ada penyidai kain. Akhirnya boss cuma benarkan meneroka kawasan seluas dua biji kereta kancil di tepi penyidai. Bertani di bandar kurang keluar peluh tapi kena banyak keluar duit. Seba serbi kena beli kecuali ada yang murah hati  nak derma atau sponsor. 

First lesson nenek moyang ajar, mesti redha dan tak segan guna tulang empat kerat. Kena pegang tajak dan cangkul, pencakar dan penyodok. Kecuali nak tanam sepokok dua dalam pasu dan bekas, kuranglah kerjanya. Kalau nak serius sikit berkebun patut ada  batas-batas dengan tanah gembur dan tapak menyemai. Sesudah menanam pokok kena disiram selalu, baja kadang-kadang dan merumput bila perlu. Jangan kesal tapak tangan kasar dan wajah kusam kena matahari sebab kegumbiraan bila menuai hasil kelak tidak terkata.

Gambar di atas tu semuanya dari nursery orkid. Kata En K jangan susah hati tak dapat bawa balik pokok-pokok tu. Kalau rindu kita datang jengok, lagi pun Mr R lagi pakar jaga orkid ni. Pokok orkid dia bunganya lagi lawa. Rugi kalau pokok yang mahal ni merana kat tangan awak. Hati berdetik dan berbisik, ye le bang.....kan orkid hanya sedap di mata tapi tidak boleh dimakan.

Monday, February 17, 2014

Pergilah Kau Semut


Pondok orkidku yang semak
Cattleya Hatyai Delight dan 
Mokara
Orkid beli di Agrofest Perak
 Dendrobium
 Orkid tulang
Salah satu perkara yang tak seronok bila bertanam ni ialah bila ada serangan makhluk asing. Semut, mites, sepah bulan dan siput semuanya jadi musuh akar, batang, daun dan bunga. Oleh kerana banyak orkidku yang digantung so semutlah hitamlah yang jadi tetamu tak diundang nombor satu. Mula-mula nampak seekor dua merayap santai ikut highway dawai turun menuju pasu orkid. Kemudian bertali arus. Yang sudah sampai ke pokok akan bermastautin di pucuk muda dan kuntum.

Bila dibiarkan mereka buat sarang, bertelur dan beranak pinak. Senang saja nak tau ada koloni semut ke tidak menyorok dalam media dipasu. Pertama pkok orkid mereket hidup segan mati tak mau. Kedua ada semut mundar mandir di pokok orkid dan di luar pasu. Cuba ketuk-ketuk pasu, dalam sekelip mata bertempiaran askar semut ke sana kemari membawa telur keluar dari sarangnya.

Aku dah cuba guna penyembur serangga, bukan setakat semut mati dan pucuk orkid juga melecur. Sekali kena aku jera,  tak buat lagi dah. Cuba pulak ubat semut jenis serbuk beli di kedai baja dan pasar tani. Teorinya semut makan, balik ke sarang dan mati. Ini pun tak berkesan.  Kekadang aku rendam pasu bermasaalah dalam air hingga semua semut lemas. Tapi ini bukan jalan yang terbaik dan ekonomik.


Lastly, cuba guna pokok letup-letup berdaun busuk amat yang tumbuh dekat pagar, Ambil 10 tangkai daun bersama batangnya, simpul dan letak pada pasu yang ada penghuninya. Dapatlah tentera semut dapat dihalau untuk beberapa hari. Hati berdetik dan berbisik, tak boleh jadi ni......tunggulah kau semut aku tanya Pakcik Google sekali lagi.....

Tuesday, February 4, 2014

Orkid Yang Upside-Down

 Daun mula kuning
 Hilang daun
 Kuntum pada batang
Bunga purple
Cantik dan wangi
Bunga, close up

Sudah puas rasanya menanam pokok orkid yang tumbuh tegak ke atas samada dari jenis monopodial atau sympodial. Sekarang ni aku berkenan pulak dengan orkid yang tumbuh upside down apalagi bila tengok gambar di internet bila ada yang seperdu punya berpuluh batang pokok (canes). Semuanya tanpa sehelai daun tapi penuh sarat dengan bunga yang sedang kembang. Bukan ditanam dalam pasu di rumah kaca tapi selamba terlekat di dahan pokok. Langsung tak payah dimanja-manja. Pak Google kata orkid jenis ni perlu dibaja enam bulan sekali.Pada aku ini salah satu ciri orkid idaman. 

Bila melawat beberapa gerai orkid di Expo RTC Gopeng ada nampak pelbagai orkid jenis ni. Bila dibanding-banding harga, semakin kecil jenisnya semakin tinggi pula harganya. Aku yang lebih suka jenis yang keluarkan showy flowers beli dua anak pokok tersebut. Sebelum ni aku hanya ada dua perdu kecil orkid jenis ni. Pokok orkid yang dibeli beberapa tahun lalu tumbuh elok setelah dilekap pada dahan rambutan. Canes yang matang akan hilang semua daun, lepas tu kuntum akan keluar pada setiap ruas.  Bunganya tak banyak tapi cukuplah buat hati gembira dan bersyukur. Bunganya berwarna purple dan namanya Dend. anosum violacea. 

Seperdu lagi yang disebelah rumpun pertama berbunga juga beberapa bulan kemudian. Bunganya warna putih (alba) dan berbau kuat. Boleh diberi sepuluh bintang kerana keindahannya.  Tak rugi aku melabur lagi pada dua pokok orkid cantik ni semasa melawat RTC tempoh hari. Hati berdetik dan berbisik........bukan payah sangat, lekap saja orkid pada dahan pokok, doa dan sabar sikit menunggu.

Thursday, January 17, 2013

Orkid Letak Kat Mana?


Di tunggul palma
Tiang pagar
Dahan rambutan
Dahan rambutan
Tiang konkrit

Hati teringin betul nak pergi orkid show di Taiping baru-baru ni sebab dah lama benar tidak melihat dan menambah koleksi yang ada. Bersemangat balik bila melawat beberapa blog canggih sifu yang dipenuhi dengan gambar pelbagai orkid, tips dan ceritanya yang menarik. Tak sempat pergi kerana perlu hadir empat kenduri pada hari tu. Jadi kena bersabar sambil menunggu kalau ada orang yang sudi buat report dan upload gambar show tersebut. Terimakasih banyak-banyak.

Sekarang ni selalu pulak terbayang bunga-bunga Catasetum dari blog orang. Nak cuba beli orkid di internet tapi masih belum berani. Akhirnya pergi ke nursery orkid yang sudah setahun tidak dijengah. Sudah habis pusing dan tengok orkid yang ada jadi juga membeli empat anak Catasetum dan satu Clowsetum dengan harga termampu. Dalam perjalanan balik dari Jelapang ke Ipoh ternampak ada orkid show di hadapan Tesco Extra. Berhenti! Ronda-ronda dan tambah koleksi lagi. Sudah sampai rumah mula cari tempat nak meletak dan mengantung apa yang dibeli. Pondok sudah sesak dan dahan rambutan juga sudah sarat. So......

Cari punya cari jumpa kepala katil besi berbentuk C yang sudah patah. Sandar dan ikatkan  pada tiang konkrit pondok orkid. Untuk sementara ni bolehlah gantung 20 pasu. Kawanku, Cik Minah yang mula berjinak menanam orkid sudah guna tiang bekas katil kayunya. Katanya dirikan tiang dalam pasu, sendal dengan batu agar tidak tumbang, letak pokok orkid dan ikat. Dengan bangga dia tunjuk gambar
orkid Dendrobium mini yang sedang berbunga sebagai bukti dalam handphone. Kalau tak silap suatu masa dulu heboh tentang saranan menanam padi di atas bumbung. Juga ura-ura tanam orkid di tiang letrik atau tiang telefon. Hati berdetik dan berbisik........di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cumanya  jangan segan mencuba.

Saturday, September 15, 2012

Bila Di Beri Orkid

Dendrobium, pondok orkidku
Dendrobium, pondok orkidku
Phalaenopsis, di nursery
Dendrobium, di orchid show
Doritis, kawan bagi

Bila kekawan tanya hadiah apa yang aku idamkan, aku menjawab tak usahlah beri aku tudung fesyen terbaru, handbag atau kain ela untuk dibuat baju. Terima kasih banyak-banyak. Tapi boleh tak dapat orkid? Dan aku dapat dua pasu Phaleonopsis sedang berbunga dan anak orkid Doritis dalam bakul cantik. Yus dan geng pula bagi Dendrobium berbunga maroon dan yang berwarna hijau katanya dibawa straight dari nursery bunga di Rawang.

Dua orang kawan yang lain ada cerita sendiri bila nak memberi orkid. Aku tahu masing-masing suka dan ada koleksi orkid di rumah kerana mereka confess dulu pernah curi bawa masuk pokok orkid eksotik dari negara jiran. Kononnya mereka penyek pokok-pokok tersebut dalam lipatan baju kotor yang berpalit tahi lembu dan lumpur. Oleh kerana kerja mereka pun ada kena mengena dengan import ternakan jadi dapatlah mereka masuk ke pendalaman negara tersebut. Sambil tu tengok-tengok orkidlah gamaknya. Yang buat aku irihati dan hijau biji mata ialah gambar-gambar orkid hutan yang berbunga cantik di sana dan murah pula harganya. Untuk aku mereka hadiahkan anak orkid Gramatophyllum yang dibeli di Padang Besar.


Kisah bagi bunga ni sudah dua tahun berlalu. Pokok orkid Dendrobium masih ada dan sesekali mengeluarkan bunga. Orkid Gram pula sudah ada empat atau lima biji pseudobulb namun belum mengeluarkan bunga. Ada yang nasihatkan jangan manjakan jenis orkid ni. Letak dekat panas, jangan dibaja untuk elak pokok gila daun. Jadi pokok ni dah diasingkan ditepi pagar jauh dari pondok orkid. Phaleonopsis dan Doritis masing-masing hanya tinggal sepokok kerana aku memang mengaku kalah nak menjaga orkid jenis ini dan suku sakatnya. Hati berdetik dan berbisik..........
thanks for the beautiful orchids dan untuk teman semua aku doakan agar kalian bahagia selalu.

Tuesday, May 22, 2012

Orkid Antara Baja Dan Air

Dendrobium
Dendrobium
Dendrobium
Dendrobium Sonia
Dendrobium
Dendrobium

Sejak hujung tahun lepas terasa malas betul nak membaja pokok orkid kerana sibuk dengan aktiviti sulam menyulam. Tapi pelik pula pokok yang disangka mandul ada yang mula mengeluarkan kuntum. Melihat pondok orkidku akan meriah kembali aku  bersemangat balik mencari baja kimia yang tersorok dalam botol di rak-rak stor. Sebenarnya pokok orkid segar semula kerana sekarang lebih banyak hujan dan pokok dapat minum hingga batangnya kembung.

Oleh kerana alat penyembur cepat rosak aku guna botol air mineral yang telah ditebuk lubang kecil di penutupnya. Masukkan larutan baja foliar berwarna hijau dan simbah pada batang pokok 2 kali seminggu. Cara ini lebih cepat dan mudah sebab macam letak cili sos pada burger. Tapi jangan sekali-kali tuang pada pucuk ditakuti air bertakung dan pucuk akan reput terendam air baja. Setelah sebulan dibaja nampaknya daun pokok semakin hijau dan tunas muda sebesar jari kelingking mula keluar.

Walaubagaimana pun pokok orkid tidak tahan terlalu banyak disiram apalagi jika ada air bertakung di pasu. Dari permerhatian lepas, pokok orkid Dendrobiumlah yang paling mudah kena penyakit reput. Memang sayang sebab kekadang pokok muda yang sudah setinggi 10 sm tiba-tiba daun bertukar kuning. Bila pucuknya ditarik ia sudah buruk dan berair. Bahagian ini mesti dibuang dan dibiarkan kering untuk menyelamatkan pokok lain dalam perdu tersebut. Hati berdetik dan berbisik.........eloklah jangan dipaksa-paksa orkid minum, kalau sudah terkena hujan cukuplah, biarkan, biarkan.

Thursday, May 3, 2012

Comelnya Orkid Brassocattleya


Brassocattleya Vida Lee
Brassocattleya
Bc Makai Mayumi
Brassocattleya
Brassocattleya

Empat gambar orkid di atas diambil dari pondok orkidku. Gambar terakhir diambil di gerai menjual orkid Agrofest 2010. Brassocattleya adalah sejenis northogenera iaitu hybrid atau kacukan dua genus orkid. Kacukan tersebut ialah di antara orkid genus Cattleya yang memang terkenal kerana bunganya yang besar dan splendid dengan orkid genus Brassavola yang mempunyai kelopak yang runcing. Salah satu keunikan orkid kacukan ini lip bunga ada bintik-bintik dan kelopaknya lebih tirus kerana mewarisi sifat bunga orkid Brassavola.

Selalunya kalau ke pameran orkid, sambil meronda di gerai-gerai jualan memang seronok melihat gelagat para peminat orkid dan curi dengar mereka bersembang. Yang profesoional nampak confident dan yang baru nak cuba 'berorkid' pula takut-takut nak membeli. Pertanyaan pertama tentu tentang harga pokok kerana orkid seakan tanaman untuk orang berduit. Ramai yang seriau nak menanamnya kerana risau memikirkan perbelanjaan baja, racun serangga dan kulat yang akan dibeli kelak.

Setakat ini empat jenis Brassocattleya yang aku tanam tidak menghampakan. Oleh kerana pokok dan hunganya lebih kecil dari orkid Cattleya jadi ia cepat bertunas baru dan matang. Setiap pseudobulb yang matang akan mengeluarkan 2 hingga 5 kuntum bunga. Brassocattleya putih dengan lip warna purple tu baru pertama kali berbunga. Anak pokok diberi percuma oleh tuan punya nurseri kerana aku membeli sepokok orkid Vanda berharga RM 50. Iaitu orkid termahal yang pernah aku bayar......hati berdetik dan berbisik, alhamdulillah pokok Vanda ni pun masih hidup lagi baa...