Tuesday, June 1, 2010

Kalau Boleh Diselamatkan

Orkid Dendrobium
Orkid Oncidium

Dua gambar anak pokok orkid dari pondok orkidku. Pokok orkid sebenarnya susah nak mati walau akar dah nampak kering dan daun luruh semuanya. Jangan buang pokok macam ini, letak di tempat teduh, siram air dan sembur baja sekali sekali.

Bila ada yang bertunas semula bolehlah dialihkan ke dalam pasu kecil setelah mencantas bahagian pokok yang mati. Pasu kecil di atas namanya thumb pot, saiz 2 inci dan sesuai untuk anak orkid. Jika pokok sudah besar dan penuhi pasu bolehlah masukkan pasu berisi pokok tadi terus ke dalam pasu yang lebih besar.

Tak perlu cabut pokok dari pasu kerana ini akan merosakkan akar dan pokok lambat membesar. Pokok yang berlebih boleh buat pertukaran atau beri percuma pada kawan yang suka orkid.

Next time kalau ada pokok yang nyawa-nyawa ikan cubalah selamatkan kerana mungkin ada lagi harapan baginya.

0 comments:

Post a Comment